Korang Banyak Mulut, Tapi Pasangan Pula Seorang Pendiam. Agak-Agak Perbezaan Ini Boleh Buat Hubungan Korang Pergi Jauh Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Yang mana menjadi pilihan korang, pasangan yang miliki tujuan yang sama serta banyak persamaan berbanding dengan pasangan yang berbeza dan kurang miliki persamaan?

Sebagai contoh, 

Si A pendiam, manakala isteri si A banyak mulut.
Si C pendiam, manakala isteri si C pun pendiam juga.



Haa, Agak-agak pasangan mana yang akan lebih bahagia?

Kalau ikut kata orang tua-tua dulu, ramai yang berpendapat bahawa pasangan yang berlainan watak ini adalah pasangan yang paling serasi. Di mana kalau seorang senyap manakala seorang lagi akan banyak cakap, jadinya hubungan rumahtangga akan lebih harmoni.


Berbanding dengan mereka yang sama-sama senyap dan juga sama-sama banyak cakap. Mengikut kata orang tua-tua, kalau senyap kedua-duannya mungkin akan banyak pendam perasaan malah rumahtangga akan menjadi lebih senyap, manakala buat yang kedua-duanya bercakap pula, hubungan akan lebih banyak pertelingkahan kerana masing-masing berebut ingin bercakap. Haa, macam mana tu?

Itu kalau ikut kata orang-orang tua kan?



Ini pula menurut Angela Bahns, pensyarah psikologi dari Wellesly College, di mana dia menolak teori itu.

Jelasnya, watak yang berlainan dan berbeza ini tidak menjamin bahawa mereka ini sesuai serta hubungan yang dibina akan lebih tahan. Pernyataan Bahns disokong oleh penyelidikan yang dilakukannya dengan pasukannya dengan pasukan penyelidikan lain dari University of Kansas di Amerika Syarikat.

Kajian ini menguji 1500 pasangan yang dipilih secara rawak. Terdapat pasangan yang lama bercinta, hanya kawan, dan yang terhad untuk mengenali satu sama lain. Hasilnya mengejutkan!

Rata-rata pasangan ini mempunyai prinsip dan tujuan yang sama, bahkan mereka juga yang baru sahaja berjumpa.

Jelasnya, seseorang akan mencari lebih banyak persamaan dalam diri pasangannya dan bukannya mencari perbezaan. Tanpa kita sedari bahawa kita lebih mudah dengan mereka yang memiliki pemikiran dan cara yang sama, berbanding dengan mereka yang berbeza.

Apabila terdapat perbezaan dari awal dalam perhubungan, kemungkinan besar hubungan tersebut akan terdedah kepada konflik.



Jadi macam mana?

Kita nak mencari pasangan yang miliki persamaan atau perbezaan?

Anggap sahaja la kalau korang berkahwin dengan pasangan yang sama sikap dan pemikiran itu adalah satu keberuntungan. Korang cepat menyesuaikan diri antara satu sama lain, malah mudah memahami perasaan pasangan.

Akan tetapi kalau korang berjumpa dengan pasangan yang memiliki sifat dan pemikiran yang berbeza pula, itu pun bukan menjadi satu masalah. Jangan jadikan ia alasan untuk korang berpisah, tetapi cuba untuk mencari keserasian dalam hubungan korang tu.

Tak kisah la apa pun, yang penting dalam hubungan ini adalah sikap tolak ansur, dan usaha korang berdua untuk tetap saling bersama dan menyayangi, malah sefahaman sebenarnya kunci hubungan korang bertahan lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen