5 Ciri Wanita Zaman Sekarang Yang Disukai Lelaki.

Oleh: Rafi

Jodoh itu rezeki daripada ALLAH. Seseorang itu perlu berusaha untuk bertemu dengan jodohnya. Cepat atau lambat datangnya jodoh itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sebagai manusia, kita berusaha dan berdoa. Dalam perhubungan, selalunya wanita malu untuk memulakan. Sebaliknya lelaki yang perlu mulakan. Wanita pula perlu mempersiapkan diri supaya disunting oleh lelaki idaman. Justeru perlulah tahu apa ciri wanita zaman sekarang yang disukai lelaki.



1. Berdikari.

Wanita berdikari merupakan wanita yang ada integriti dan berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Tidak bergantung pada orang lain untuk menyelesaikan masalah dan selalunya jiwa mereka lebih kuat serta tabah. Misalnya boleh menguruskan kereta rosak di bengkel, pergi ke klinik sendiri tanpa berteman dan membeli barang keperluan di pasar raya tanpa berteman. Pun begitu, lelaki jangan biarkan wanita terlalu berdikari sehingga dia berasa tidak perlu ada lelaki di sisinya.

2. Pandai masak.

Lelaki suka wanita yang pandai memasak untuk menyediakan hidangan yang kena dengan seleranya. Dalam erti kata lain, boleh memasak sesedap masakan ibunya. Justeru, wanita perlu pandai memasak supaya dapat memikat selera lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti.



3. Pembersih.

Orang lelaki selalu berharap apabila sudah berkahwin nanti dia akan dapat tinggal di rumah yang lebih bersih berbanding sewaktu dia bujang. Ini kerana ada yang membantunya mengemas kediaman dengan lebih teliti. Tiada lagi baju kotor terbiar sehingga seminggu tidak dibasuh.

4. Bijak.

Bijak di sini bukanlah bermaksud wanita perlu mempunyai ijazah atau sarjana. Namun bijak menguruskan hal-ehwal rumahtangga. Misalnya menetapkan bajet untuk keperluan dapur, menguruskan segala bil rumah, tidak kekok berurusan secara rasmi di pejabat-pejabat seperti imigresen dan sebagainya. Lelaki juga suka wanita yang bijak dapat hal terkini misalnya gajet dan Internet. Lebih bagus jika anda rajin membaca dan tahu serba sedikit pengetahuan am. Senang kata, lelaki tidak suka wanita yang asyik menuturkan 'tak tahu' apabila ditanya mengenai sesuatu hal.

5. Menjaga penampilan.

Soal penjagaan penampilan bukanlah bersolek sepanjang masa. Sebaliknya tampil sedap mata memandang sama ada di luar rumah ataupun di dalam rumah. Dalam soal mendekatkan jodoh yang diajar oleh pakar motivasi pun, wanita yang pandai menjaga penampilan lebih mudah bertemu jodoh berbanding wanita yang berpakaian tidak sesuai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen