Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri. Bila Hati Selalu Diuji, Cari Jalan Untuk Saling Mendekati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah dalam hubungan kita akan bergaduh manja, dan tiada sefahaman atas sesuatu perkara. Tak semua perkara yang kita lalui itu akan sentiasa bahagia je, macam tu jugak dengan hubungan kita.

Kalau hubungan kita sentiasa bahagia je, nanti lama-lama bosan juga sebabnya tak ada kepelbagaian, mendatar je.

Dalam hidup kita ini memang tak akan penah lepas dari ujian hati. Sebelum kahwin sudah diuji dengan ujian sebegini, sama la juga dengan semasa bertunang malah selepas berkahwin. Ujian ini tak akan berhenti, tapi ia sebenarnya sedang membina sebuah kekuatan hubungan, cuma kita je tak sedari.

Apa pun dalam hubungan kita itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Jadi jangan menjauh tetapi cuba untuk saling mendekati antara satu sama lain, barulah hubungan yang keruh boleh kembali jernih.



Macam yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa bila mana rumahtangga kita ditimpa ujian, maka cari penyelesaian bukan biarkan ia semakin melarat.

Sebagai manusia biasa, kita pasti akan diuji melalui hati.

Bukan setakat kita, budak darjah tiga pun ada rasa kecewa bila awek yang duduk sebelah kena kebas dengan kawan kelas sebelas.

Jadi, apa kita nak buat kalau suami selalu sakitkan hati?

Dan apa perlu kita lakukan jika isteri tak taat dan suka buat kepala sendiri?

Ok, yang pertama satu je.



1. Jangan besarkan lagi masalah

Kekurangan suami, kesalahan isteri jangan di cerita sana sini. Jangan dikongsi. Jangan menulis sesuka hati di IG atau FB. Kalau nak luah pada orang lain, pada yang boleh dipercayai. Pastikan kita ceritakan itu kerana kita mahu diselesaikan dengan cara ini. Kalau sekadar mahu melepaskan emosi, Maaf, Lupa ke Allah kat mana dalam hidup ni?

2. Tempat dan cara solusi

- Kalau marah sangat dengan suami pun, minta izin untuk keluar. Nak bawak anak sekalipun, tinggalkan anak sulung dengan suami. Anak sulung itulah yang paling dekat dengan ayah dia. Kalau nampak macam suami pun tak nak dengan anaknya, baru bawa. Destinasi pertama, bawa ke rumah mak ayah kita. atau mak ayah mertua. Kalau segan, bawaklah jalan-jalan, jarakkan sebentar sementara emosi kita belum stabil. Suami pun sama, jangan blah donooo je. Whatapp bagitahu saya keluar jap. Belikan dulu makanan untuk anak isteri. Kalau cadang nak keluar sampai subuh, pastikan makanan dan keperluan tu cukup sampai subuh esok.

3. Jangan cari pasangan lain

- Ini banyak orang buat. Ada masalah, yang lelaki cari perempuan lain, dan perempuan pun sama cari kawan lelaki lain. Dua-dua salah! Ibarat bagi ikan kat kucing yang tengah lapar. Pastu kalau dah terlanjur, acah-acah pening menyesal tak tau nak buat apa. Cari Allah time ni! Kuatkan diri! Bagi telinga dengarkan zikir dan selawat. Dengar ayat suci Al Quran sampai hati itu bersih kembali. Banyakkan istighfar. Sebab dosa kita yang banyaklah jadi serabut rumahtangga.



4. Kenangan
- Belek balik gambar lari-lari kat pantai. Tengok balik memori yang simpan dalam hp tu. Berapa ribu gambar selfie dengan suami dan isteri kita. Sweet kan? setakat di uji, biasalah bro. Biasalah tu kak. Cinta perlu di uji untuk kita bahagia. Sembang la redah api tapi baru di uji menggelabah ubi. Tenangkan diri, tengok dalam-dalam pic anak isteri, suami dan anak-anak yang selama ini mengisi dan menemani.

Yang akhir!

Kita ada Allah.

Kehilangan bahagia dalam diri suami isteri itu adalah petanda Allah telah hilang perlahan-lahan dalam hidup kita ini.

Bermakna ke hidup tanpa Allah di dunia ini?

Pulanglah.

Bawalah hati itu menuju kebenaran. Kebenaran yang datang dari Tuhan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen