Bila Kahwin Nanti Mesti Nak Jadi Seorang Isteri Yang Hebat Kan, Nak Tahu Macam Mana Isteri Hebat? Ini 14 Ciri Isteri Yang Hebat Di Mata Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita ni kalau dah kahwin mesti la nak jadi isteri yang hebat, mana nak jadi isteri yang biasa-biasa je. Isteri yang hebat ini tahu macam mana nak pikat hati suami, nak uruskan tanggungjawab malah tahu juga macam mana nak didik anak-anak.

Isteri hebat ini juga tak rasa dirinya sempurna tapi suaminya yang melihat bertapa sempurnanya isteri yang dinikahinya itu. Tak mudah dan juga tak sukar sebenarnya tapi yang penting ada kemahuan dan keinginan untuk menjadi isteri yang hebat di mata suami.



Bila mana suami melihat isteri-isteri mereka yang hebat ini rasa bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sebegini.

Kita ini tak nak ke jadi isteri yang hebat di mata suami, jangan pedulikan apa orang lain fikir, yang penting apa yang suami kita fikirkan.

Nak jadi isteri hebat tak?

Kalau nak jadi, Muhammad Hassan ada kongsi 14 ciri isteri yang hebat. Jom baca…

ISTERI YANG 'HEBAT ' DIMATA SEORANG SUAMI:

1) Apabila dilihat tidak puas memandangnya, tenang akan jiwa, rindu akan suaranya.

2) Apabila disuruh maka taatlah dia. Apabila melihat keaiban suami, maka segera 'menutupinya’(memperbaiki) tidak mudah untuk menyebarkan aib suami.

3) Apabila berduka, menimpa ujian maka isterilah

-Orang pertama memberi sokongan, dorongan.

-Orang pertama berdoa kepada Allah siang malam.

-Orang pertama tidak senang duduk selagi masalah tidak selesai.

-Orang pertama yang sanggup korban apa sahaja demi keluarga ini.

4) Menyusun setiap kata yang terbaik apabila berbicara dengan suami. "Terima kasih abang" "sayang -sayang abang". Lemah lembut terhadap suami, berusaha tidak meninggikan suara terhadap suami. diam apabila suami berbicara, memberi nasihat.

5) Jika melakukan kesalahan secepat mungkin memohon maaf. Sentiasa memaafkan kesilapan suami walaupun terpaksa berpisah. Tidak mudah mengungkit susah payah sebelum ini.



6) Sentiasa bermanja dengan suami, peluk dan cium suami. Sentiasa menarik perhatian suami tatkala suami sedang berdiam diri. Senyuman manis tidak pernah lekang terhadap suami. Sentiasa merindui suami tatkala berjauhan (WhatsApp sentiasa)

7) sentiasa mengenakan pakaian dan perhiasan yang indah apabila berhadapan dengan suami.

😎 Sentiasa rasa seronok, gembira, tidak sabar untuk menyediakan makanan, minum, pakaian dan tempat rehat untuk suami. Rasa bahagia apabila suami habiskan makanan yang dimasak, pakai pakaian yang digosok.

9) sentiasa mendoakan kebaikan untuk suami siang malam. Tatkala menyebut nama suami dan anak dalam doa maka bercucuranlah air mata. Moga keluarga ini bersama di syurga kelak.

10) Sentiasa menceritakan kebaikan-kebaikan suami dan sentiasa mengajak suami kepada kebaikan dengan solat berjemaah, zikir, ta'lim mendidik anak cara nabi s.a.w.



11) Menjaga kehormatan diri. Yakni tidak mendedahkan aurat selain kepada suami saat berjauhan dengan suami.

12) Melayani Ibu dan ayah suami sepertimana melayani ibu bapa sendiri.

13) Tidak membebankan suami dengan kehendak duniawi. Tahu kemampuan suami dan menjaga harta suami dengan baik.

14) Sayang suami kerana Allah, Taat suami kerana Allah, Rindu suami kerana Allah, jaga aurat, maruah, tutup aib suami, sabar dengan kerenah suami semuanya kerana Allah.

Moga Bermanfaat.
Moga Kalian Semua Diantara Wanita Solehah Insyaallah

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen