Masalah Kulit Buat Korang Masih Tak Jumpa Jodoh Lagi, Amalkan 8 Makanan Ini Untuk Kulit Kekal Sihat Dan Menawan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai kulit putih dan gebu ini mesti ramai je yang kata cantik dan mengidamkannya. Itu yang sanggup ambil pelbagai porduk yang tak diketahui kandungan hingga membahayakan kesihatan sendiri. Nampak tak betapa teringinnya masyarakat kita ini akan kulit putih yang gebu ini.

Tapi ramai yang tak sedar, kulit yang segar, gebu dan putih itu sebenarnya boleh dimiliki jika mengambil makanan yang sihat. Haa, bab makanan yang sihat ni ramai yang malas kan?



Makanan yang sihat ini bukan sahaja merawat kulit luaran korang tu je, tapi yang dalam pun dia tolong rawat juga. Tak lah membazir kena beli dua tiga produk sebab nak kan kulit yang gebu gebas ni je.

Menurut perkongsian mStar, terdapat pelbagai jenis makanan yang sebenarnya boleh membantu mencantikkan kulit anda selain mengurangkan masalah jerawat sekaligus mencegah kanser kulit.

Ini 8 jenis makanan bagus untuk tubuh badan kita gais!

1. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Coklat gelap kaya dengan koko yang terbukti membantu mendapatkan kulit yang licin namun pengambilannya tidak boleh terlalu kerap.

2. Rosemary

Rosemary adalah herba paling baik untuk kulit anda kerana ia kaya dengan antioksida selain ia mengurangkan risiko melanoma (tumor pada kulit).

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai lemak baik dan antioksidan polifenol untuk memperbaiki kulit rosak akibat pencemaran asap dan pendedahan terhadap sinaran matahari berlebihan.



4. Tomato

Secara khususnya, tomato kaya dengan likopena, antioksidan yang meningkatkan perlindungan terhadap pancaran matahari. Buat lelaki, tomato juga baik untuk kesihatan prostat anda.

5. Lobak Merah

Ia kaya dengan beta-karoten dan ia membantu dalam memberi 'cahaya' kepada kulit anda.



6. Beri Biru

Ada sebab mengapa beri ini berwarna biru - ia kaya dengan antioksidan selain pembekal utama vitamin A, C, dan E dalam memberi keanjalan pada kulit serta mengurangkan kerosakan pada kulit anda.

7. Teh Hijau

Seperti kebanyakan makanan dalam senarai ini, teh hijau juga kaya dengan polifenol dan antioksidan yang membantu menganjalkan kulit serta melindungi kerosakan akibat pancaran matahari.

8. Ikan Salmon

Isi ikan salmon berwarna merah jambu/jingga disebabkan kandungan karotenoid yang dipanggil astaxanthin yang beribu lebih baik daripada Vitamin C dan E. Paling penting ia turut membekalkan kolagen pada kulit anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen