Saya Nombor Berapa Dalam Hidup Awak? Ini Jawapannya.

Oleh: Rafi

Jika si dia bertanya soalan sebegini, apa jawapan sesuai agaknya ya? Jom baca.

* Yang pertama dalam hidup saya ialah ALLAH SWT. DIALAH yang memberi nyawa kepada saya, memberi rezeki kepada saya. Saya hanyalah hamba ALLAH.



* Yang kedua dalam hidup saya ialah ibu saya. Ibu mengandungkan saya, ibu bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Ibulah yang menyusukan saya dengan susu badannya. Ibulah yang membasuh najis saya dengan kedua-dua tangannya.

* Yang ketiga dalam hidup saya ialah ayah saya. Dialah yang berhempas-pulas mencari rezeki untuk membesarkan saya. Ayah mendidik saya menjadi manusia berguna.



* Yang keempat dalam hidup saya ialah ahli keluarga saya yang lain. Mereka hidup susah senang bersama saya. Mereka mendengar cerita sedih saya. Mereka mendengar cerita gembira saya. Mereka ada ketika saya susah dan senang.

Awak mahu jadi nombor berapa dalam hidup saya? Jika sekarang, tempat kosong adalah nombor lima. Jika mahu bolehlah jadi yang kelima. Namun jika bernikah dengan saya, awak akan jadi keutamaan saya kerana awak berada di bawah tanggungjawab saya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen