Perempuan Lawa Ni Memang Buat Mata Tak Berkelip Memandang, Lagi Seronok Kalau Dia Jadi Pasangan Kita. Tapi Sanggup Ke Nak Laburkan Duit Yang Banyak? Nak Isteri Lawa Bukan Percuma Ya!

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana lelaki memang sukakan sesuatu yang lawa, manakala orang perempuan pula sememangnya nak benda yang lawa sahaja. Haa, tapi itulah ada sesetengah orang itu dia cuma tengok hati je, kalau ada hati yang lawa dah cukup, tapi ada pula orang yang suka muka yang lawa, bagi mereka muka lebih penting dari segalanya.

Haaa, lawa ni subjektif ye tuan-tuan dan puan-puan.

Kadang kita tengok lawa tapi bagi orang lain tak lawa. Lawa dan cantik ini memang susah la nak digambarkan. Tapi kalau wajah yang lawa dan cantik memang mudah nak kenal pasti.

Agak-agak berapa banyak pelaburan yang telah dihabiskan untuk memiliki kulit wajah yang lawa tu? Kalau sekadar muka sahaja tak memadai ni kan pula yang menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki. Fuhh, kira high maintenance la ni kan.



Cuba korang tengok kalau isteri orang lawa, agak-agak berapa yang suaminya beri setiap bulan untuk menjaga penampilannya semua itu?

Macam yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli ini, nak lawa bukan percuma ya. Banyak wang ringgit yang perlu dilaburkan.



Ini sebahagian barangan kegunaan harian akak. Sebahagian ya...

Ada lagi 5-6 jenama yang akak malas nak share gambarnya. Kang ada yang rajin buat costing pula. Murah-murah je barangan akak. Mujurlah sebab akak pun bukan jenis yang melawa 24 jam. Terkadang comot pun akak okay je...

Jangan terkejut ada wanita yang minimum barangan nya 30 - 40 jenis. Itu biasa bagi wanita yang menitik beratkan penampilan. Rajin pun ya jugak!

Terfikir gak...

Yang lawa teruk tu kan agaknya berapa dia berbelanja ya? Serius ada kawan-kawan sekerja akak lawa teruk. Kulit memang perfect 100%. Everything seems perfectly care. Dari hujung kuku kaki hingga hujung rambut setiap inci. Perfect!



Sampai terfikir gak la, berapa agaknya allocation mereka setiap bulan? Sebagai mak cik bawang, akak kagum suami mereka yang allocate belanja.

Ramai suami yang baik-baik zaman hari ni gais! Ramai suami yang waras dan tahu bahawa lawa bukan datang dengan tiba-tiba. Jika nak ianya berkekalan, perlukan penjagaan demi sebuah kesempurnaan.

Ala... Macam kereta la bang... Baru beli koyak plastik memang la lawa. Tapi kalau tak dibuat maintenance, lama kelamaan yang baru pun akan jadi BESI BURUK JUGA. Kusam dan tidak bermaya.

Buat boyfriend, bakal suami dan suami. Moralnya lawa bukan percuma.

Nak cari yang lawa carilah yang pandai jana duit juga. Yang pandai menabung dan melabur hingga penyewa atau pelanggan bayarkan set penjagaan kulit nya.

Diharap arjuna semua mula bekerja keras mengumpul kekayaan semenjak muda. Supaya penyewa atau pelanggan bayarkan barangan harian isteri anda. Utilize gaya kapitalis. Guna OPM ke atas kos kecantikan isteri anda. Orang lain bayar tapi isteri anda yang lawa. Haaa... Gitew!

Habis camne? Mana ada yang percuma kat dunia. Kan? Kan? Kan? #apeni

Salam sayang dari pengguna barangan mampu milik saja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen