Malu La Kalau Nanti Suami Nampak Lutut & Siku Kita Hitam, Lagi-Lagi Kalau Baru Kahwin. Eh, Jangan Risau! Putihkan Dengan 6 Bahan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum kahwin mungkin kita oleh tutup yang hitam-hitam itu dengan menutup aurat dengan sempurna. Fuh, nasib baik kita dilahirkan sebagai orang Islam. Tapi itulah masa belum kahwin ini boleh la kalau nak sorok dengan baju lengan panjang serta seluar tapi kalau dah kahwin nanti.

Boleh terkejut pula suami kita tengok yang hitam-hitam ini. Eh, malunyaa!



Bukan suami je yang sakit mata memandang, sekarang ni pun korang dah sakit matakan? Jadi ketika masih ada peluang dan masih membujang lagi la masa yang sesuai untuk korang rawat segalanya.

Jangan bimbang, jangan risau. Jom kita rawat tompok-tompok hitam itu dengan enam bahan ini.

1. Madu

Madu ialah sejenis pelembap semula jadi yang tiada tarikh luput. Memang praktikal untuk disimpan di rumah. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob dan higroskopik yang melembutkan serta memutihkan kulit.

Sapu madu di atas kulit yang bersih dan lembap. Gosok dan urut untuk beberapa minit dan biarkan selama lima minit lagi. Bilas dengan air suam.

2. Timun

Ciri pemutih dalam timun berupaya menanggalkan sel kulit mati dan membuat kulit anda kekal lembap. Diperkaya dengan vitamin A dan C yang menyuburkan dan memelihara kualiti kulit.

Gosokkan beberapa keping timun di bahagian hitam dan biarkan selama 15 minit. Campurkan dengan jus lemon untuk kesan yang lebih efektif.

Kemudian, alihkan timun dan bilas. Semakin kerap anda buat, lagi cepat kulit anda akan menjadi putih.



3. Lemon dan soda bikarbonat

Lemon sangat efektif disebabkan oleh antioksida dan vitamin C di dalamnya. Elemen ini memperbaiki kulit secara menyeluruh.

Apabila dicampur dengan baking soda (yang bertindak sebagai pencuci), ia akan menanggalkan sel kulit mati dengan lebih cepat.

Hiris lemon dan taburkan baking soda ke atasnya. Gosok permukaan lemon yang ada baking soda itu ke tompok hitam dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

Untuk hasil yang lebih bagus, amalkan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4. Minyak kelapa

Kaya dengan vitamin E dan asid lemak, ia membantu membina semula kulit dan mencerahkan tompok hitam.

Selepas mandi, gosok minyak di bahagian sasaran selama sekurang-kurangnya dua minit. Campur dengan satu sudu besar jus lemon untuk hasil yang lebih bagus.

Bilas selepas beberapa minit dan ulangi proses ini setiap hari.



5. Gula dan minyak zaitun

Hasilkan lulur dengan menggunakan bahan-bahan ini. Ia mengandungi agen penghidrat yang juga membantu menanggalkan sel kulit mati.

Campurkan kedua-dua bahan ini dalam sukatan yang sama. Gosok di tempat sasaran dalam gerakan membulat selama sekurang-kurangnya lima minit. Kemudian bilas.

6. Campuran jus lemon, oat dan garam

Lemon dan oat menyegarkan manakala garam yang kasar menyenangkan lagi proses penanggalan sel kulit.

Campurkan setengah sudu besar jus lemon, setengah sudu besar oat dan secubit garam. Sapu dan gosok dalam gerakan membulat selama 10 minit.

Ulangi teknik ini sebanyak tiga ke empat kali seminggu.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen