3 Nafkah Suami Wajib Beri Pada Isteri, Nampak Biasa-Biasa Je, Tapi Kalau Tak Tunai Besar Akibatnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai perkara wajib ini, kita perlu lebih berhati-hati sebabnya kalau kita tunai dapat pahala bila tak tunai sebaliknya. Sebab itu bila seorang lelaki itu berkahwin, ada 2 benda wajib yang perlu di berikan kepada isterinya. Yang pertama adalah mas kahwin, dan yang kedua adalah nafkah.

Seorang suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi untuk seorang isteri. Apa yang selalu diingatkan adalah suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin yang mencukupi buat isterinya.



Jika seorang suami sudah menyediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu perlu beri duit setiap bulan kepada isterinya? Persoalan sebegini akan sering kali bermain difikiran para suami.

Seperti yang kita tahu bahawa nafkah dan juga duit belanja ini adalah perkara yang berlainan. Di mana, nafkah itu wajib diberi manakala duit belanja itu pula merupakan ehsan suami selepas isterinya membantu meringankan beban. Akan tetapi kalau isteri merelakkannya tidak mengapa.



Bagi mencerahkan segala kekeliruan yang kita alami ini, mari kita dengar sedikit penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus ini.

“Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira sebagai menunaikan nafkah kepada isterinya.”

“Akan tetapi jika isteri duduk di rumah sahaja tanpa buat apa-apa kerja, tak masak, tak basuh, makan order dari kedai makan, baju hantar dobi, tak kemas rumah, tak jaga anak, malah hanya main Facebook sahaja maka tak perlu beri duit setiap bulan,” katanya.

Tambahnya, kalau isteri itu membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit belanja buat isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentlemen.



Tak lupa juga kepayahan isteri yang mengandung Sembilan bula malah sanggup menggadai nyawa kerana melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat. Suami tak rasa sakit yang isteri rasa.

Jadi cuba suami fikirkan, adakah dengan memberi duit belanja yang tak sampai beribu ringgit itu dapat dibandingkan dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan menjaga anak serta mengasuh anak?

Jadi hargai isteri kita bukan sekadar dengan wang ringgit sahaja tetapi juga dengan kasih sayang dan perhatinnya kita sebagai suami pada dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen