Lelaki Ini Kongsi Tips Pikat Hati Suami Yang Patut Isteri-Isteri Di Luar Sana Cuba. Gadis Single.. Mungkin Boleh Cuba Tips Ini Agar Si Dia Tidak Sabar Melamarmu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata hubungan akan makin berseri kalau saling pikat memikat ini. Jadi dalam hubungan antara suami isteri kena lah ada usaha untuk saling memikat macam mula-mula bercinta dulu. Mana boleh bila dah kahwin kena buang segala taktik nak pikat hati pasangan kita.

Bila dah kahwin ini bukan bermakna kita dah dapat pasangan kita, tapi ini adalah permulaan untuk kita genggam makin erat hati pasangan kita ini. Ramai sahaja pasangan yang dah kahwin abaikan perkara ini, lagi-lagi orang si isteri. Cuma nak harap suami je romantik tapi dia buat tak kisah je.



Selalunya kita tengok orang perempuan je yang sibuk nak kongsi tips pikat hati suami, kali ini orang lelaki pula yang bagi tips untuk pikat hati suami. Haa, bukan biasa-biasa ye. Jom ikuti perkongsian daripada Ariff Ismail ini.

"Telah ku siapkan, satu daerah paling sunyi dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri, Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita "
- Permata Untuk Isteri -

Selalu saya tulis berkenaan perihal wanita, hari ini saya kongsikan pula tips memikat hati suami. Seringkali kita dengar, kita lihat dan kita lalui, mengapa hari hari kita lalui semasa bercinta tidak sama selepas perkahwinan.

Romantis yang di cipta putus ditengah jalan. Apa yang suami ingin kan? Apa yang isteri mahu kan? Bagaimana cara kita ingin kekal kan semua ini hingga hujung nyawa.

Banyak perkongsian saya sebelum ini berkisah perihal suami perlu menjaga dan membantu isteri, pertama kali hari ini saya akan kongsikan rahsia hati suami. Harap kakak kakak tidak kecam saya ye.

Lelaki ini sikap nya ingin di manja, ingin di belai, ingin di beri perhatian. Nampak je masing masing macho, tegas, maskulin. Tapi masih ada bunga dalam hati, cuma tak tunjuk je.

Tak percaya, en abang sekalian mesti ada terdetik rasa cemburu dalam hati bila isteri nampak mesra dengan lelaki lain termasuk lah adik beradik, sepupu sepapat dan kawan mereka. Lagi teruk rasa cemburu bila isteri beri tumpuan lebih kat anak.

Para isteri di luar sana, mari baca ni, saya bongkar rahsia seorang lelaki. Bagaimana kakak kakak sekalian nak tambat dan ikat hati suami.



1. PERHATIAN

Lelaki ni perlukan perhatian juga dari isteri, kami ni nak juga di manja macam mana anak anak di manjakan. Kadang kadang nak juga bini suap kan makan.

Asyik suap anak anak je, suami pon nak isteri suap kan makan gak. Sikap lelaki ni, kami tak kan cakap kami ni merajuk ke, nak tumpuan ke? Bila rasa jauh hati kebanyakan dari kami akan diam.

Perhatian yang di minta bukan lah sentiasa di layan bak Raja. Kami ingin kan sesuatu yang sama sebelum bernikah. Manja kan kami ibarat kami teman lelaki sepanjang hayat.

2. MASAKAN

Ni buat kata orang tua tua, nak jaga suami jaga lah perut mereka. Kakak oi walaupon suami akak chef terkenal dan pandai masak ibarat masakan hotel 5 bintang, dia tetap nak makan air tangan isteri.

Biar pon yang di sajikan telur masak kicap atau ikan goreng, tetap kami akan tersenyum merasa air tangan seorang isteri. Bila dapat merasa hidangan masakan isteri perasaan dia ibarat menjamu makanan dari syurga.



3. KELUAR BERSAMA

Sikap lelaki ni, kita nak isteri ke depan ketengah kebelakang kemana mana dengan kita. Kalau boleh lepak dengan kawan pon nak bini ada.

Masa bercinta selalu jalan bersama, bila dah kahwin dah ada anak jarang berlaku nak keluar " dating " sama sama. Untuk pastikan hati suami terikat, ajak la suami keluar dan lakukan juga kebiasaan yang di lakukan sebelum bergelar suami isteri.

Aktiviti bersama ni, dapat mengeratkan dan menguatkan lagi nilai kasih sayang bersama pasangan.

4. HIAS DIRI

Berhias lah diri walau selepas berkahwin. Masa bercinta bukan main mengalahkan neelofa, dah kahwin bangun pagi nampak macam kak limah. Sesungguhnya besar pahala seorang isteri bila berhias untuk suami.

Tak perlu pon make up dan pakai baju macam nak g majlis, asalkan nampak kemas dan sejuk mata suami memandang dah cukup. Baru lah laki tak tengok perempuan lain. Kalau tengok gak kau cucuk kan je mata dia.

Oklah, ini antara tip yang boleh di gunakan untuk menambat hati suami. Inshaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang.

Pokok pangkal nya, perkara yang saya share di atas perlu dilakukan bersama, jika suami mahu layanan first class oleh isteri, layan lah isteri dengan layanan first class.

Isteri adalah cerminan suami, oleh itu kita haruslah menjaga dan mendidik mereka. Biar mereka menjadi isteri di dunia dan bidadari di syurga kita nanti.

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen