Pernah Tak Anda Membayangkan Mempunyai Anak Yang Suka Makan Bersepah & Tak Habis Suatu Hari Nanti? Ni Tips Untuk Orang Single, Bagaimana Korang Nak Mendidik Anak Korang Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita hendaklah menjauhi sifat membazir kerana membazir itu amalan syaitan, malah ia juga hanya akan merugikan diri sendiri sahaja. Akan tetapi sikap ini perlu dibentuk sejak kita masih kecil lagi. Ini kerana, apabila sudah dewasa, ia akan menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibentuk lagi.

Amalan membazir ini akan menjadi satu budaya jika kita ini sebagai ibu bapa tak menegur anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Terutama jika kita pergi ke majlis kenduri kendara orang, sudah tentu tuan rumah akan berasa sendih jika melihat banyak pembaziran yang dilakukan.



Segala makanan yang kita bazirkan itu dibeli menggunakan titik peluh seseorang yang berkerja keras mengumpulnya. Siapa tahu bukan?

Macam perkongsian daripada Mohd Fhais ini, ibu bapa kena didik anak-anak untuk tidak membazir makanan bermula dari rumah lagi. Mari ikuti perkongsiannya.

Jangan didik anak jadi pembazir!

Makanan kena habiskan. Ambil ikut kemampuan perut bukan ikut nafsu. Kesian makanan ni terbuang.

Menitik air mata saya bila nampak 2 pinggan penuh dengan kuih ni terbiar di hurung semut dan lalat sedangkan kuih kuih ni masih lagi elok dan berbau sedap.



Kami buat kenduri untuk menjamu tetamu makan dan minum dengan niat sedekah amal jariah tu sampai pada arwah ahli keluarga yang dah meninggal.

Tapi jadi pembaziran pula. Pahala tak sure lagi tapi dosa dah comfirm dapat. Wallahu A'lam.

Kadang kita tak perasan tapi ini yang sebenarnya kita kena ajar pada anak masa bawa anak pergi kenduri atau majlis keraian.

1 - Ambil makanan yang nak di makan dahulu. Dah habis baru tambah. Begitu la di ulang sampai kekenyangan.

2 - Makan ikut kemampuan bukan ikut nafsu. Setiap orang mesti tahu kemampuan makan sendiri.

3 - Makan sama-sama dengan mak ayah. Mak ayah kena pantau anak makan jangan sampai membazir.

4 - Makanan di majlis seperti ni tak ada konsep tapau. Maknanya makan di sana sampai habis. Jika ada lebihan tuan rumah sendiri akan tapau kan untuk tetamu. Tak usah di minta.

5 - Jika tak habis makan jangan buang atau biar sahaja atas meja. Berikan pada orang lain jika masih elok.

6 - Lepas selesai makan kemas meja makan. Sampah buang di tempatnya, pinggan kotor letak di tempatnya.

7 - Di majlis seperti ni pun tak ada konsep "tolong ambilkan" kerana setiap makanan yang disediakan ikut kepala. Bila ada yang suka tolong ambilkan ni la punca makanan tak cukup.

Sekiranya ambil banyak tapi makan habis tak mengapa, ni berpinggan pinggan terbiar di hurung semut dan lalat. Sayang rezeki.
Mahu tak mahu, nak ajar anak jaga, hormat dan hargai rezeki ni kita sebagai mak ayah kena mulakan dulu.

Mulakan dari rumah. Jangan buang makanan, jangan masak terlampau banyak, makanan kena habiskan dan paling penting habis makan pinggan jangan tinggal atas meja macam ada bibik yang akan kemaskan.

Wallahu A'lam,

Mohd fhais
Depan anak makan kena sopan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen