Wanita Lebih Pandai Sembunyikan Kecurangan Berbanding Orang Lelaki, Eh Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bab kecurangan ini kita mesti akan kaitkan dengan orang lelaki. Rasanya ramai sahaja wanita akan bersetuju bahawa lelaki ini sukar untuk setia walaupun sudah berkahwin. Tapi kenapa bila curang je mesti kaitkan dengan orang lelaki? Orang perempuan taka da yang curang ke?

Terdapat kajian menunjukkan bahawa beberapa saintis mendedahkan yang lelaki lebih sukar untuk kesan pasangan dia orang curang, jika hendak dibandingkan dengan wanita yang hanya tengok muka pasangan pun dah tahu. Itulah kelebihan wanita ini.



Menurut The Star, pengkaji dari Universiti Australia Barat telah menjalankan eksperimen di mana mereka telah menunjukkan sebanyak 189 gambar lelaki dan wanita kulit putih (101 lelaki dan 88 wanita) kepada 1,500 peserta.

Peserta-peserta ini kemudiannya disuruh meneka dalam skala 1 hingga 10 sama ada orang-orang dalam gambar tersebut ada potensi untuk curang atau tidak, 1 (tak akan curang) – 10 (pasti curang).



Keputusan kajian ini menunjukakn kedua-dua peserta lelaki dan wanita boleh meneka dengan tepat lelaki dalam gambar mana yang ada potensi untuk curang dan mana yang tidak.

Pengkaji juga da menyebut satu kajian yang menunjukkan 70 peratus orang dari 50 budaya berlainan mengaku yang mereka pernah cuba mengorat pasangan orang lain dan 60 peratus dari mereka berjaya memikat pasangan orang lain.

Jelas saintis tersebut, dalam kajian ini, mereka dapati lelaki boleh kesan kalau lelaki lain berlaku curang tapi wanita sendiri tak boleh kesan kalau wanita lain curang atau tak.

"Boleh jadi muka lelaki ini lebih terpancar kejujuran, itu yang mudah kantoi."

Menurut World Of Buzz, kaji selidik oleh The Guardian menunjukkan lelaki muka “maskulin” lebih berpotensi untuk curang dan beberapa lelaki berwajah “maskulin” juga mengaku mereka pernah curang atau mengorat pasangan orang lain.

Namun begitu, janganlah kita hanya menilai seseorang dari segi luaran sahaja “don't judge a book by its cover”. Boleh jadi muka je nampak playboy tapi sebenarnya setia.

Eh tapi betul ke wanita lebih mudah untuk berlaku curang?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen