Wanita Ini Kongsi 5 Tanda Isteri Stress. Awas! Nombor 5 Paling Parah, Boleh Membahayakan Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata jangan buat main kalau isteri dah mula stress ini. Ia boleh beri pelbagai kesan, bukan hanya pada hubungan suami isteri sahaja akan tetapi hubungan dengan anak-anak juga boleh terjejas. Seorang wanita ini memang kuat dari luarannya tetapi dalamannya tersanggatlah rapuh sehingga kita tidak sedar bila masa mereka ini akan berdepan dengan stress yang melampau.

Apa yang kita tahu adalah bila mana isteri kita itu mula lebih banyak diam berbanding membebel dan berkata-kata, itu adalah keadaan yang sangat genting sebenarnya. Tapi Menurut perkongsian Saidatul Husna, ada beberapa tanda lain yang menunjukan isteri ini berdepan dengan stress tapi kalau dah sampai tanda kelima, ia sememangnya sudah parah.



Bermula dengan rasa sunyi, rasa stress, tak tahan dengan orang di dalam rumah, susah nak tidur serta sentiasa ada perkara yang menyakitkan hati. Ini antara dilema wanita masa kini. Kesibukan dan kepenatan menyebabkan tekanan datang dari pelbagai sudut.

Ditambah pula sumber kajian daripada negara Barat yang mengatakan seramai 46% golongan wanita yang stress di dalam rumah, berpunca daripada kegagalan mereka berkomunikasi secara baik dengan suami.

“Saya sarankan para suami diluar sana, cuba tengok tengokkan isteri masing masing di rumah. Boleh jadi kerana terlampau penat dan tiada kesefahaman dalam perbualan, isteri kita cenderung untuk stress kerana kita.”



Tekanan ini boleh membahayakan jika isteri berterusan dalam keadaan :-

1) Jarang jarang atau kurang 'me time'.

Me time penting sebagai terapi diri. Keletihan membuatkan minda orang perempuan sukar membezakan antara emosi dan rasional.

Tambahan pula jika pasangan kurang prihatin dalam mengendalikan urusan luar dan dalam rumah, itu menambahkan lagi bebanan kepada emosi isteri.

Cuba cari peluang untuk me time. Hadirkan rasa sayang dengan membuat perkara yang boleh membahagiakan diri sendiri.

2) Isteri merasa luahannya disisihkan.

Orang perempuan banyak menghabiskan masa dengan bercakap cakap. Bersembang dengan pasangan adalah salah satu terapi bagi mereka.

Pasangan yang kurang memberikan respon semasa berbual, contohnya membuat kerja lain atau asyik dengan telefon bimbit, mengakibatkan isteri menganggap perbualannya itu sia sia dan tidak dihargai. Lama kelamaan keadaan ini menimbulkan rasa sunyi dan terasing.



3) Isteri hilang minat untuk berbual bual dengan suami.

Situasi ketiga sebenarnya hampir sama dengan situasi kedua namun keadaannya lebih serius.

Apabila perbualan hanya sehala, perbincangan akan tergendala, rumahtangga akan kekurangan baja yang baik kerana komunikasi itu tonggak utama dalam perhubungan.

4) Isteri sudah mula menjauh dan menghabiskan masa dengan perkara lain berbanding menghabiskan masa bersama suami.

Dinamakan sebagai 'escapism'. Inilah perkara yang paling kritikal dan boleh menggugat perkahwinan. Seorang isteri yang sebelum ini

mesra dan sentiasa mendahului suaminya, tiba-tiba jauh dan renggang.

Boleh jadi kerana isteri sudah gagal berbual secara baik dengan suami, jadi cara terbaik ialah pendamkan saja dan bercerita kepada orang yang sudi mendengar seperti ahli keluarga atau rakan sebaya.

Pada fasa ini, para suami perlu cakna. Berhati hati. Jika lewat mengembalikan kemesraan, bimbang isteri anda akan melangkah kepada point yang paling kritikal iaitu,

5) Merasa bahagia dan tenang bila berjauhan dari suami.

Yang ini paling bahaya! Paling parah. Biasanya isteri yang bergantung kepada suami akan resah bila berjauhan terlalu lama. Dan kegelisahan itu terubat bila suami datang dengan perhatian, penghargaan dan kasih sayang.

Namun bila isteri bahagia dengan caranya sendiri dan tidak kisah lagi dengan sebarang aktiviti suami, mungkin itu petanda isteri sudah tawar hati dan tidak berharap apa apa lagi daripada suaminya.

Justeru wahai suami, pegang erat tangan dan hati pasangan kita sementara tali hubungan itu masih kuat.

Berikan mereka peluang untuk me time. Berkomunikasilah secara baik. Hadirkan rasa sayang dengan membuat perkara yang boleh membahagiakan isteri kita. Jangan bila dia sudah tawar hati, tiada apa apa lagi yang boleh diselamatkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen