"Duit Belanja Ni Upah Isteri Lepas Dia Lakukan Kerja Rumah Yang Mana Bukan Kewajipannya Tapi Kerana Dia Taat Pada Suami," Tak Rugi Pun Beri Duit Makin Murah Rezeki Adala..

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bab duit ini memang ramai yang akan berkira kerana merasakan ia satu perkara yang perlu dijimatkan. Ada yang menganggap bahawa duit belanja serta nafkah itu adalah perkara yang sama. Mungkin ramai suami-suami yang kurang jelas akan dua perkara ini.

Sebenarnya ada beza antara duit belanja dan juga nafkah yang dihulurkan suami kepada isterinya. Suami-suami kena tahu bahagikan mana nafkah khas untuk isteri dan mana perbelanjaan rumahtangga.



Duit yang setiap bulan kita beri pada isteri untuk berbelanja barang dapur dan juga keperluan dirinya itu dikira sebagai nafkah, tetapi duit belanja ini pula berlainan. Ramai yang makin pening pula ya, jom kita fahami perbezaan duit belanja dan nafkah ini berdasarkan perkongsian artikel Firdaus Shakirin.

"Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak...guna la untuk apa yang patut..."

Duit belanja.

Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah untuk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kpada suami, maka dia buat kerja-kerja tersebut.

Ketaatan kpada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yang solehah...

Suami blk kerja, suami dah tak perlu buat kerja-kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami bleh terus rehat...so, suami tak payah buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa untuk melakukannya...

Kalau isteri yang selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami...duit belanja dan nafkah tak sama...perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dalam duit belanja...ini nafkah...



Duit belanja adalah untuk isteri, untuk dia gunakan beli apa yang dia inginkan yang selain daripada apa yang sepatutnya disediakan oleh seorang suami...

Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya...

Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yang patut diberikan kepada isteri...bagi sekadar banyak mana yang ada, yang boleh bagi dan suami masih ada baki untuk kegunaan dirinya sendiri...

Buang duit tak bagi kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit...setiap satu sen yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab untuk kita diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana...

Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kpada isteri...

Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 untuk digunakan isteri...tapi dia tak gunakan smpai habis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tengah sesak..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen