Rezeki dalam Rumahtangga Jadi Sempit Sebab Kita Tak Jaga 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang selalu cakap kalau dah kahwin nanti jangan takut kalau bab rezeki ini. Allah pasti akan membuka rezeki seluasnya buat mereka suami isteri. Akan tetapi jangan silap pula, kadang kala tingkah laku kita ini yang membuat rezeki menjauh.

Dah betul dah dengan membuka pintu rezeki ini melalui perkahwinan, tetapi kalau tak jaga yang lain rezeki pun liat nak dekat dengan kita. Macam mana nak dimurahkan rezeki pula nanti.

Setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan itu kadang kala tidak bikeh dipandang enteng sahaja, mana tahu itu adalah cara rezeki mudah menuju dekat dengan kita.



Rupanya dalam kita amalkan tips kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.

Apa punca rezeki dalam rumahtangga kita sempit?

1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa.

Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada 1 dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.

2. Kedekut.

Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.

3. Putus silaturrahim dengan adik-beradik.

Kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?

Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.

Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?

4. Pengotor.

Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.

Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.

5. Solat bersahaja atau ala kadar.

Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.

Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.

Kawan-kawan yang baik;

Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.

Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.

Maka hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Memburu berkat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen