Istikharah Yang Terjawab Tak Semestinya Melalui Mimpi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam memilih jodoh yang baik ini, sudah pasti ramai yang akan melakukan solat Istikharah dalam membuat pilihan. Mungkin hanya ada satu pilihan sahaja, tetapi nak tahu yang itu sebaik-baik pilihan sebagai isteri atau sebaliknya.

Walaupun solat Istikharah ini tidak hanya memfokuskan kepada pemilihan jodoh sahaja, tetapi ramai yang melakukan solat ini apabila tidak tahu memilih pasangan hidup mereka.

“Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran. Rasulullah menyatakan. “Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari

Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa keputusan. Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.



Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.

Selalunya kita ingatkan bahawa petanda yang dihantar selepas melakukan solat Istikharah ini adalah melalui mimpi sahaja, akan tetapi rupanya pelbagai cara lagi diberikan. Semua bergantung pada orang tersebut.

Menurut Dr. Zaharuddin, selepas melakukan solat Istikharah, perlu lakukan musyawarah. Di mana, perlu bertanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman. Yang mana bagus, yang mana sesuai. Dan boleh jadi keputusan dari musyawarah ini adalah petanda dari solat Istikharah kita.

Bila dah bermusyawarah ini mendapat tentangan daripada orang lain, maka mungkin perkara tersebut tidak sesuai buat kita.

Boleh jadi juga tanda Istikharah ini kita perolehi selepas melakukan solat Istikharah itu sendiri. Sebagai contoh selepas sahaja selesai solat, hati terdetik menyatakan bahawa si A itu lebih sesuai dengan kita. Haa, itu juga merupakan tanda sebenarnya.

Sebenarnya, petanda solat Istikharah ini sebenarnya adalah melalui gerak hati, dan bukan hanya sekadar mimpi sahaja. Boleh jadi apabila kita memilih perkara tersebut kita rasa dimudahkan, rasa diluaskan oleh Allah.

Tetapi bila kita rasa luas tiba-tiba nafsu kita fikir tak bagus, haa itu kena hati-hati. Itu seolahnya kita telah menolak tanda Istikharah yang diberikan Allah SWT dah bercampur dengan nafsu.

Apa-apa pun kita kena yakin dengan apa yang kita pilih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen