Ketagihan Makan Pedas, Buat Anda Menjadi Pelupa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rakyat Malaysia ini memang tak boleh lari dengan rasa pedas. Kalau masakan tak pedas macam tak ummph lah kiranya. Sebab itulah kalau ada makanan pedas yang sedang viral ramai yang akan berlumba-lumba nak cuba. Dari keluaran Korea hingga buatan Malaysia sendiri semuanya akan dicuba dan dibandingkan.

Kalau makan nasi tak ada sambal belacan sanggup kita potong cili untuk tambah selera, itulah kepentingan makanan pedas dekat mulut rakat Malaysia ini.



Suka pedas? Tak boleh makan kalau tak pedas?

Cuba baca kajian yang telah dilakukan ini, pasti buat anda fikir banyak kali nak makan benda pedas lepas ini.



Kajian dari Universiti of South Australia dan Universiti Qatar mendapati mereka yang makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi untuk mengalami demensia.

Dalam kajian itu, para penyelidik mengkaji 4,582 orang dewasa berumur lebih 55 tahun, lebih 15 tahun, melihat cara pemakanan serta daya ingatan mereka.

Hasilnya, mereka yang makan lebih dari 50gram cili sehari hampir dua kali ganda risiko berdepan masalah ingatan dan penurunan daya ingatan.

Menurut salah seorang penyelidik, Dr Zumin Shi berkata, cili sememangnya bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan tekanan darah.



Namun ia memberi kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Bagaimanapun, ini hanyalah satu kajian awal dan kajian lanjut diperlukan untuk menjelaskan adakah benar makanan pedas mampu merisikokan daya ingatan.

Tak salah nak makan makanan yang pedas, tapi jangan sampai ketagihan dan keterlaluan. Jangan perjudikan kesihatan tubuh badan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen