Kursus Kahwin Ini Bukan Hanya Sekadar Mahukan Sijil Tetapi Ingin Lebih Kenal Erti Tanggungjawab Selepas Berkahwin Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kursus kahwin ini memang akan dilalui oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin. Kalau masih belum nak kahwin juga boleh untuk turut serta dalam kursus kahwin ini.

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan telah diwajibkan kepada bakal pengantin sejak tahun 1990’an lagi yang mana ianya bertujuan untuk mendedahkan bakal pengantin kepada kehidupan sebenar pasangan sebelum dan selepas perkahwinan.



Ianya mengandungi hukum-hakam perkahwinan, soal hubungan pasangan dan keluarga, proses dan prosedur perkahwinan serta kisah-kisah benar rumahtangga yang boleh anda jadikan sempadan atau teladan.


Buat pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, kalian harus ambil peluang ini untuk memperlajari sebanyak mungkin ilmu perkahwinan. Kalau boleh kalian begitu memahami apa yang telah disampaikan oleh pihak berkenaan.



Ini kerana, kalian akan gunakan segala ilmu yang ada itu selepas berkahwin nanti. Hadirnya diri anda ke kursus kahwin itu bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan sijil malah ilmu yang penting ketika lakukan persiapan perkahwinan.

Cuba untuk ambil tahu dan faham sedalam mungkin apa yang diterangkan ketika anda sedang mengikuti kursus tersebut. Ilmu berkenaan rumahtangga ini, kalau betul-betul nak fahami dan dalami, sehari tidak mencukupi.

Kalau sekadar untuk mengetahui perkara-perkara asas tentang tanggungjawab suami, apa tanggungjawab isteri dan tanggungjawab bersama, maka boleh belajar ketika kursus tersebut.

Tapi apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mempraktikkan apa yang telah kita belajar ketika itu dalam rumahtangga yang akan kita dirikan. Kalau ramai yang menghadiri kursus kahwin dan belajar sesuatu dari apa yang dia dengar, tak tidur, tak main phone, tak menyembang malah dia mengamalkan. Insya Allah kurang kes penceraian dalam negara kita.



Tapi sayangnya, ramai yang menghadiri kursus tersebut sebagai syarat untuk berkahwin sahaja. Bila dah berkahwin, tanggungjawab ke laut, nafkah ke sungai dan perangai ke tong sampah seperti yang dikatakan oleh Fridaus Shakirin.

Ambil kesempatan ini untuk anda memahami erti perkahwinan sebenar. Bukannya hanya untuk mendapatkan lesen untuk berkahwin sahaja.

Ramai bakal-bakal pengantin tidak menggunakan peluang ini sebetul-betulnya. Malah hanya menganggap ia sebagai syarat sahaja.

Tidak hanya itu sahaja, ada yang sudah mengambil kursus ini dengan lebih awal kerana ingin menjimatkan waktu apabila melakukan persiapan perkahwinan. Sudahnya, segala ilmu yang sudah dipelajari itu hanya terkubur kerana lupa akibat terlalu lama menunggu pasangan hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen