6 Tanda Anda Sukar Untuk Berubah Dan Memperbaiki Diri.

Setiap hari, kita pasti berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik daripada semalam. Apa yang terjadi pada hari sebelumnya dijadikan sebagai iktibar dan juga pengajaran dalam kehidupan. Ia menunjukkan kita adalah individu yang belajar dari kesilapan. Tanpa kesilapan, kita bakal tidak mengetahui apakah status kita sebenarnya.

Malah, kita juga tidak mengetahui apa yang patut kita perbaiki diri untuk masa hadapan?

Tanpa teguran dan nasihat, kita seolah-olah sesat dalam perjalanan…

Jom Ketahui 6 Tanda Anda Mula Rasakan Diri Anda Sukar Untuk Memperbaiki Diri…

1. Sukar Untuk Mengambil Berat Tentang Solat.

Perkara pertama yang anda perlu lihat pada diri anda sendiri dikala sukar untuk memperbaiki kelemahan dan keburukan ialah tentang solat. Menjaga solat bermaksud anda menjaga hubungan anda dengan Allah SWT. Menjaga solat juga, adalah tanda anda yakin dengan takdir-Nya, dan bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.

Di saat anda tidak lagi ambil berat tentang solat, tidak lagi menjaga solat, ketika itulah sebenarnya anda perlu sedar bahawa anda sebenarnya sukar untuk memperbaiki diri. Kemungkinan besar, perubahan diri yang anda lakukan adalah bergantung pada manusia, dan bukannya pada Allah SWT.

2. Sukar Untuk Mengambil Berat Tentang Aurat.

Yang kedua ketika anda sukar untuk memperbaiki diri adalah dimana anda tidak lagi mengambil berat tentang aurat. Nak perbaiki diri, bukannya dengan menuding jari. Nak perbaiki diri, cermin diri sendiri dahulu. Lihat mana kekurangan kita, lihat mana kelemahan kita.

Bukannya dengan mengatakan…

‘Walaupun aku free hair, tapi aku solat…’

Jagalah iman kita melalui setiap pertuturan.

3. Sukar Untuk Istiqamah.

Nak perbaiki diri memerlukan disiplin yang tinggi dalam diri kita. Nak perbaiki diri juga memerlukan konsistensi yang sangat tinggi. Bukannya hari ni buat baik, besok rehat sekejap. Kemudian baru sambung nak buat baik. Buat kebaikan adalah tuntutan Islam, supaya dapat melahirkan kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Jadi, nak perbaiki diri memerlukan istiqamah.

4. Sukar Untuk Mendengar Nasihat.

Mahu jadi insan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga pada masyarakat, kita perlu berlapang dada ketika menerima nasihat daripada orang lain. Ambillah nasihat dengan melihat hikmah disebalik nasihat tersebut. Jangan tutup minda kita. Jangan tutup hati kita. Lihatlah dengan pandangan yang positif. Positifkan setiap pemikiran kita yang negatif.

5. Andaian Negatif Yang Melampau.

Selain daripada itu, tanda-tanda kita sukar untuk memperbaiki diri adalah apabila kita suka mengandaikan negatif pada setiap perkara. Anda andaikan bahawa perkara tersebut adalah negatif, tetap sebenarnya pemikiran anda sendiri yang penuh dengan toksik. Itu yang anda tidak sedar.

‘Buat apa nak perbaiki diri, kalau keadaan sekeliling aku macam ni…’

Jadi, kita sendiri yang perlu mulakan dan wujudkan suasana positif tersebut.

6. Tidak Berasa Berdosa Ketika Melakukan Dosa.

Dan yang paling penting ketika kita merasakan sukar untuk memperbaiki diri adalah, apabila kita tidak lagi berasa berdosa ketika melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. Ketika ini dan pada saat inilah yang kita perlu takut, bahawa HATI kita sebenarnya yang sakit. Hati-hati!

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen