“Mencintai Isteri Itu Perintah Allah. Maka Cintailah Isteri Yang Telah Taat Dan Patuh Pada Suaminya” Ikuti Perkongsian Ini.

Apabila sudah berkahwin, sudah tanggung jawab suami dan isteri untuk mencintai dan menyayangi antara satu sama lain. Ada rasa tanggung jawab untuk memberi kasih sayang adalah keperluan setiap pasangan yang sudah berkahwin. Itulah antara salah satu nafkah batin yang perlu dilaksanakan.

Jangan buat pasangan terasa diabaikan…

Jangan buat pasangan terasa disisihkan…

Jangan buat pasangan terasa tidak diperlukan…

Kalau kita sendiri tahu apa yang terkandung dalam Al-Qur’an, apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, semuanya sebenarnya tiada masalah. Mudah sahaja untuk turuti sekiranya tahu landasan syariat. Termasuklah, bagi para suami tahu tanggung jawabnya untuk menjaga amanah Allah iaitu isterinya yang sudah taat dan patuh pada dirinya.

Berikut adalah perkongsian nasihat dan pesanan dari saudara Firdaus Mokhtar yang boleh para suami ambil iktibar…

********

Pesan Guru Saya:

Mencintai isteri itu perintah Allah. Ini termasuklah membela, menjaga, memberi perlindungan dan melayani isteri dengan penuh rasa kasih sayang.

Maka, siapa yang tidak mencintai dan memuliakan isteri yang telah taat dan patuh pada suami, suami itu berdosa.

"Dan hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik." Ini Allah sebut dalam surah An-Nisa ayat 19.

Ikutkan ayat ini, melayani isteri dengan cara yang baik itu adalah wajib. Menjadi tanggungjawab suami pula untuk santuni isteri dengan cara yang paling istimewa.

Ingat kawan-kawan pesan Nabi kita:

"Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-sebaik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya."

Macam tu sekali Nabi kita mengingatkan kita tentang layanan suami terhadap isteri. Mereka ini teman kita, kawan kita yang paling kita percaya, tempat untuk kita melahirkan segala sifat kasih dan cinta.

Benar. Memuliakan hati seorang isteri ini memerlukan kita untuk menurunkan ego kita sebagai seorang suami. Namun hiduplah dengan prinsip yang betul.

Kita melayani isteri atas perintah Allah. Kita bukan merendahkan diri sampai kita menuruti setiap arahan dan kehendak isteri. Sampai orang kata kena suruh suruh itu ini.

Tidak. Itu yang saya sebut hidup berprinsip. Lelaki itu ketua. Namun tak salah kalau ketua itu turut membantu buat kerja rumah contohnya, jaga anak-anak, basuhkan baju, kemaskan dapur dan uruskan baju sendiri.

Begitulah.

********

Semoga Bermanfaat!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen