"Pamerkan Keintiman Suami Isteri Yang Melampau Kepada Khalayak Hanya Akan Menjatuhkan Maruah."

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata malang tidak berbau, yang rapat boleh jadi renggang malah yang renggang boleh jadi erat dengan tiba-tiba tanpa kita sedari. Semua ini boleh terjadi apabila kita ini terlalu menayang kebahagiaan yang kita miliki.

Media sosial ini bukan tempat berlumba siapa lebih bahagia, tetapi ia adalah tempat untuk kita mendapat infomasi yang terkini. Kalau kita tersalah guna media sosial ini, sudah tentu ia akan memberi keburukan kepada diri sendiri.



Malah hubungan yang halal sebagai suami isteri, bukanlah satu tiket untuk kita menonjolkan keintiman bersama pasangan kepada khalayk ramai sewenang-wenangnya.

Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita, malah boleh jadi orang yang bermulut manis itu sendiri akan menjadi pemusnah hubungan kita.

Menurut Pendakwah, Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid berkata, perlakuan intim keterlaluan seperti mencium bibir, peluk yang mengghairahkan dan bergambar dalam keadaan berbaring terutama dalam gambar perkahwinan sebenarnya telah menjatuhkan maruah suami isteri.



"Ia sepatutnya cukup sekadar menjadi rahsia suami isteri. Lebih menakutkan dan menjadi dosa, jika gambar intim yang keterlaluan menyebabkan lelaki serta perempuan yang belum berkahwin terangsang untuk melakukan demikian.

"Walaupun lelaki dan perempuan telah bertunang, tetap haram berbincang hal-hal yang membawa kepada yang haram," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Dalam hal itu, ujar Ustaz Bakhtiar Fitri, Islam sememangnya sangat menggalakkan amalan yang boleh menyuburkan perasaan kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kalian kepada isteriku." (Riwayat Ibnu Majah)

Bagaimanapun, katanya, amalan kasih sayang itu mestilah menurut batasan yang ditetapkan agama.



"Maknanya tak semua hubungan 'intim' perlu dipertontonkan kepada khalayak orang ramai.

"Kerana itu, perintah kasih sayang suami isteri perlu dilaksanakan dengan rasa malu supaya tidak menjadi tontonan umum," katanya.

Kepada pasangan suami isteri, beliau menasihatkan agar jauhkanlah diri daripada mempamerkan hubungan yang halal itu secara keterlaluan.

"Cukuplah berkongsi amalan suami isteri yang baik yang dibenarkan oleh agama," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen