Bijak Selesaikan Salah Faham, Mampu Buat Hubungan Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Rumahtangga itu dari luaran sahaja nampak indah dan bahagia tetapi di dalamnya, penuh dengan ujian yang bila-bila sahaja mampu membuat dua jiwa berjauhan.

Bukan menakutkan tapi ingin menyedarkan bahawa perkahwinan itu bukan seperti kisah dongeng yang selalu kita tonton dan baca. Ia adalah realiti kehidupan yang kita tidak tahu apa akan terjadi dikemudian hari nanti.



Sayang macam mana sekali pun kita pada pasangan kita, pada hubungan yang terbina itu belum tentu menjamin lagi menjamin sebuah keeratan antara suami isteri. Salah faham, pertengkaran serta gaduh-gaduh manja itu adalah perkara biasa dalam hubungan, akan tetapi bagaimana kita tangani itulah yang menjadi permulaan satu perkara yang serius.

1. Saling salah menyalahkan.

Walaupun apa pun yang terjadi dalam hubungan, jangan cuba untuk saling menyalahkan pasangan kita. Kalau boleh kita lihat bagaimana punca masalah tersebut, bukannya siapa pencetusnya.

Kalau saling terus menerus salah menyalahkan, kemungkinan masalah yang kecil akan menjadi besar malah ia mungkin akan membuat hubungan kalian semakin renggang. Jadi kalau tidak boleh menyelesaikan masalah, adalah lebih kalau korang tidak saling menyalahkan antara satu sama.



2. Tidak muhasabah diri.

Mana-mana orang yang terlibat dalam masalah atau pergaduhan sudah tentu bukanlah mereka yang mahu muhasabah diri mereka sendiri. Di mana mereka selalu merasakan bahawa apa yang telah mereka lakukan itu adalah perkara yang betul.

Sedangkan, untuk menjernihkan hubungan serta melapangkan dada diri sendiri dan pasangan adalah kita perlu sentiasa muhasabah diri kita. Jadi apabila bergaduh dengan pasangan walaupun salah pasangan atau salah diri sendiri kita perlulah sentiasa bermuhasabah diri.



3. Jangan salahkan takdir.

Setiap yang berlaku sudah tentulah ada hikmahnya. Jadi jangan salahkan takdir untuk setiap perkara yang berlaku. Jangan pula kata yang diri anda tidak boleh bahagia sedangkan orang lain boleh bahagia atau apa pun yang kelihatan seperti menyalahkan takdir.

Cuba kita fikir kembali dan melihat kejadian yang berlaku itu sebenarnya memberi hikmah yang tersembunyi kepada diri kita yang tanpa kita sendiri.

Kadang kala salah faham serta pertengkaran yang kecil ini hanya ingin memberi kita peringatan bahawa hubungan kita itu tidak akan sentiasa bahagia, malah ia juga hadir untuk membuat kita ingat kepada pencipta kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen