Andartu Vs Janda.

Oleh: Rafi

Mendengar ungkapan ini pastinya mengundang resah pada diri setiap wanita. Selain mereka perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat mereka turut berperang dengan perasaan mereka sendiri. Tapi benarkah segala tanggapan masyarakat mengikut kacamata dan penilaian mereka itu boleh diterima. Aku turut cuba menyelami dan menghalusi perasaan dan naluri mereka yang dianggap kurang bernasib baik ini. Kebiasaannya bermacam tafsiran mungkin juga berbentuk hukuman yang akan dilabelkan oleh masyarakat berdasarkan kisah yang dibaca atau melalui tohmahan orang lain. Akhir-akhir ini fenomena ini bukan lagi menjadi topik panas sebagai sasaran mengumpat tetapi dianggap sesuatu yang bukan lagi asing. Jika 20 tahun dahulu gadis yang memasuki usia atau era 30an secara automatik akan diiktiraf andartu oleh rakan-rakan mahupun masyarakat sekeliling. Pastinya lewat usia 20an akan mengundang rasa cemas dikalangan mereka dan mula memegang tombol 'emergency button' yang bermakna mereka akan terima sahaja siapa yang masuk meminang bagi melucutkan title ini.



Merungkai kemelut ini pastinya jawapan tepat adalah pada empunya diri dan aku sebagai lelaki hanya mampu membuat tafsiran aku sendiri. Menariknya apa yang aku lihat mereka seakan terpecah kepada beberapa kategori antaranya gedik sangat nak kahwin.. berserah pada jodoh dan tidak ambil peduli atau tidak kisah.Tidak dinafikan masih ada lagi yang bencikan gelaran andartu apatah lagi bila berterusan diasak dan ditanya oleh kedua ibubapa membuatkan mereka rimas dan merasa tertekan. Ada yang mengambil jalan mudah dengan bersandarkan sedikit nasib pada bakal suami yang dipilih samada pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga semata-mata untuk lari dari title ini. Jika dinilai pada pendirian pelakon Haliza Misbun sememangnya dia dilihat kuat berpegang pada pendiriannya tetapi ditafsirkan oleh ramai lelaki sebagai seorang yang ego. Namun disebalik kata-katanya ada kebenarannya juga bila mana dia berkata untuk apa bersuami jika hanya untuk menyusahkan diri atau hanya sekadar melepaskan status andartu..sekurang-kurangnya dia tidak hipokrit. Apa yang aku lihat title janda atau ibu tunggal kini lebih menjadi pilihan setelah mereka 'berjaya' melepaskan title andartu. Bermakna seolah-olah gerbang perkahwinan hanya satu syarat untuk melepaskan beban tersebut. Gelaran janda kini bukan lagi gelaran yang memalukan buat mereka. Biasanya golongan ini sememangnya kukuh dari segi kerjaya dan aset yang dimiliki. Apabila merasakan kehadiran suami hanya sebagai 'liabilty' buat mereka, maka keharmonian rumahtangga dan rasa cinta sememangnya tidak wujud. Ini bermakna perkahwinan mereka tanpa disertai dengan 'intuisi' meskipun berdasarkan ungkapan cinta tetapi itu sebenarnya hanya perasaan sayang beserta kasihan. Mereka tidak kisah kerana selama ini mereka telah ada segalanya. Biarpun bukan semua yang berfikiran sedemikian namun hakikatnya ia semakin membiak.



Apabila memegang title janda mereka menjadi lebih flexible dan tidak lagi desperate untuk mencari pasangan seperti ketika mereka memegang title andartu. Mereka kini biasanya tampil dengan lebih anggun dan dilihat lebih yakin serta berintegriti. Atas faktor tersebut juga personality mereka akan lebih menyerlah kerana keyakinan tersebut dan faktor ini juga membuatkan timbulnya tanggapan negatif terutama pada para isteri yang bimbang suaminya dirampas. Tidak hairanlah kini janda semakin menjadi buruan samada dari lelaki bujang atau duda mahupun suami orang. Janda kini berada pada level dan kelas mereka yang tersendiri yang mana penampilan mereka dilihat lebih jujur berbanding ketika bergelar andartu kerana ketika itu mereka banyak sembunyikan penampilan mereka yang sebenar. Lelaki bujang turut merasakan kelainan dengan layanan janda berbanding layanan dari rakan sebaya. Ini kerana ketika bersama rakan sebaya mereka lemas dan rimas dengan kerenah teman masing-masing. Tidak hairanlah kini semakin banyak kes yang melibatkan hubungan janda dengan lelaki bujang yang dulunya kurang gemar memburu janda kini berlaku sebaliknya malah kes membabitkan mereka dengan isteri orang juga semakin meningkat. Namun hubungan ini sememangnya mudah ditafsirkan niat dan tujuannya.Apakah ini bermakna saham wanita akan meningkat setelah mereka semakin berusia?? Namun berkemungkinan juga janda tersebut akan lemas dan rimas dengan sikap gelojoh lelaki bujang ini yang rata-ratanya masih belum matang. Kelebihan mereka adalah mereka mudah membaca niat yang tersirat pada seorang lelaki yang cuba mendekati berdasarkan pengalaman yang dimiliki. Lelaki bujang juga biasanya akan mengelak dari memilih gadis andartu kerana mereka sebolehnya mengelak dari terjebak dengan tekanan agar segera berkahwin yang membuatkan mereka mudah hilang sabar dan merasa bosan.



Kerana itu keserasian lebih terserlah ketika bersama duda namun kedua-dua pihak pastinya dilihat begitu berhati-hati terutama sekali mencari punca penceraian masing-masing. Justeru itu kebiasaannya hubungan mereka mengambil masa yang agak lama kerana masing-masing tidak lagi desperate untuk memilih pasangan yang tepat. Biasanya kedua-dua pihak akan menyimpan beberapa calon untuk dibuat perbandingan dan penilaian bagi memilih yang terbaik. Namun kecenderungan duda untuk memilih andartu dilihat agak tinggi lebih-lebih lagi jika duda tersebut telah agak berusia dan mempunyai anak yang semakin membesar. Jika duda tersebut masih muda dan baru memiliki seorang anak maka anak dara mungkin menjadi pilihan utama. Apabila janda ini terjebak dengan hubungan bersama suami orang situasi ini pastinya menimbulkan konflik yang lebih kritikal. Ini kerana status seorang suami yang tiada apa-apa masalah dengan isterinya dilihat lebih tenang dan tidak bersikap gelojoh atau mendesak. Keadaan ini menimbulkan rasa selesa padanya dan sekiranya wujud rasa cinta yang mendalam atau hadirnya 'intuisi' membuatkan hidupnya bersinar meskipun tanpa diberi harapan yang tinggi. Keadaan ini juga biasanya berlaku pada janda yang telah memiliki apa yang diingininya kecuali belaian dan kasih sayang dari seorang lelaki. Mereka juga tidak meletakkan harapan yang tinggi hanya mengharapkan hubungan tersebut kekal atau sekadar bersandarkan sedikit ruang agar mereka mungkin ditakdirkan akan bersatu. Walau status apa sekalipun hakikatnya kita yang bernama manusia pastinya inginkan yang terbaik buat diri kita dan keluarga kita. Tanyalah pada sesiapa saja pasti ada sebab atas apa yang berlaku samada dari orang lain atau berpunca dari dirinya sendiri kecuali berpisah ajal/maut.Walau apa juga gelaran yang diterima terpulang pada kebijaksanan individu tersebut samada untuk berhadapan atau menangkisnya kerana kita sememangnya dicipta hidup berpasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen