Jangan Kata Anak Nakal, Boleh Jadi Itu Tanda Sel Otak Sedang Aktif.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak ini kadang kala akan menduga hati ibu bapa mereka dengan sikap mereka. Masa kecil inilah dia nak memanjat sana sini, nak belari keliling rumah, nak kacau adik sehingga menangis bahkan nak buat mak ayah sakit kepala.

Ketika anak sedang membesar ini memang akan menguji mak ayah sedikit, akan tetapi jika kita bijak tangani mereka ini sudah tentu mereka ini akan membesar menjadi orang yang berguna buat orag tua mereka.



Sikap anak-anak ini sebenarnya akan menjadi kenangan manis buat ibu bapa mereka. Jadi biarkan mereka menikmati apa yang boleh sewaktu kecil ini, apabila besar nanti ibu bapa juga yang rindu saat-saat anak masih kecil.

Jangan sesekali menganggap anak-anak kita ini nakal. Boleh jadi sahaja mereka ini sedang mempersiapkan diri mereka untuk berdepan dengan masa depan mereka kelak.

Nak tahu mengapa kita tak boleh panggil anak kita nakal? Ini Sebab yang Dr. Taufiq Razif berikan.



Jangan kata anak kita nakal:

1. Boleh jadi anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya

2. Boleh jadi anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar

3. Boleh jadi anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif

4. Boleh jadi anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism

5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.

Maka Allah datangkan pada kita anak yang aktif dan ceria kerana itulah tanda sel otak anak kita sedang aktif dan berkembang sempurna!

Jadi biarkan mereka ini membesar dengan cara mereka, tetapi pada masa yang sama mak ayah memberi arah yang terbaik buat anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen