Janganlah Jadi Suami Yang Malang…

Sering kali kita mendengar, janganlah jadi isteri yang malang dalam rumah tangga. Isteri yang malang adalah isteri yang tersalah memilih suaminya. Dan kenyataan ini seolah-olah menganggap perkahwinan itu satu perjudian, dimana ia sebenarnya sudah menjadi tipikal rumah tangga masyarakat kita.

Padahal dalam Islam, perkahwinan tersebut adalah satu perkara yang suci dan barakah.

Namun, macam mana pula dengan keadaan suami yang malang?

Suami yang malang boleh dikatakan suami yang tidak pandai melihat kebaikan dan kelebihan dalam diri isterinya. Sebab itu ramai lelaki memilih untuk curang, walaupun isterinya cantik dan penyayang. Isu ini juga telah telah dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan atau dikenali sebagai Encik Matt di laman facebooknya…

********

‘Suami Yang Malang, Suami Yang Tidak Tahu Cara Untuk Menghargai Isterinya…’

Bukan isteri yang malang dapat suami yang tidak bertanggungjawab,zalim. Sebaliknya suami itu yang sangat malang kerana betapa ruginya dia mempunyai isteri yang sangat baik,sangat penyayang,penyabar,seorang isteri yang mencari keredhaan Allah . Malangnya dia tidak pernah mensyukuri,dia tidak pernah menghargai mutiara syurga didepan matanya sendiri.

Sehinggalah suatu masa nanti suami itulah yang akan meratapi,menangisi setelah kehilangan atau menceraikan dia.

Namun semuanya telah berlalu,ia mungkin tidak akan dapat memiliki isteri seperti itu lagi. Ketika itu dia akan menyedari betapa malangnya dia,betapa ruginya dia kerana selama ini dia tidak pernah mengambil peluang untuk menghargai insan yang cukup hebat itu.

Boleh jadi asbab kesabaran seorang isteri, Allah gantikan kepadanya dengan syurga yang penuh dengan kesenangan. Sebaliknya kamu akan diperhitungkan dihadapan Allah diatas kezaliman kamu.

SIAPA YANG LEBIH MALANG?

Tadabburlah firman Allah SWT ini:

Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

-Sura An-Nisa', Ayat 19.

-EncikMatt-

#LelakiBurQa#IsteriAnugerahTerhebat

*********

Tak kira lelaki atau juga perempuan, semua pilihan yang anda buat bakal menentukan masa hadapan kelak. Jika tidak mahu menjadi suami atau isteri yang malang, buat lah sesuatu berlandaskan syariat.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen