Antara Doa Apabila Kita Dipuji.

Sebagai manusia biasa, kita juga tidak lari dari memuji dan juga dipuji. Akan tetapi, memuji biarlah bersederhana, dan dipuji jangan pula merasa dengan riaknya. Jangan puji secara berlebihan seperti satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.an, bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi SAW.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Celaka kamu.

Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu.

Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”.

[Sahih Muslim (3000)]

Hukum Memuji.

Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.

Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:

Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan:

“Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”.

[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)]

Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”

Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:

“Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)]

Doa ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

“Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa.” [Surah al-Najm (32)]

Sufyan bin Uyainah pernah berkata,

Para ulama mengatakan:

“Pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan)…”

Wallahu a’lam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen