Dikala Anda Cuba Untuk Move On Dari Putus Cinta, Buang 7 Sikap Negatif Ini.

Kegagalan dalam percintaan kadang-kala membuatkan seseorang itu menjadi tidak masuk akal. Hanya kerana terlalu cinta dan sayang, ia seolah-olah sukar untuk menerima hakikat bahawa dia bukan lagi milik kita. Hanya dengan hati dan perasaan yang mudah berbolak-balik, secara tidak langsung menyukarkan kita untuk membuang beberapa sikap negatif dikala untuk bangkit.

Kenapa Pada Suatu Masa, Kita Berasa Amat Sukar Untuk Move On Setelah Putus Cinta?
Ini kerana kita sukar untuk buang 7 sikap ini dalam diri.

Oleh Itu, Dikala Anda Cuba Untuk Move On Setelah Putus Cinta, Buang 7 Sikap Negatif Ini Dalam Diri….

1. Buang sikap mudah berputus asa.

Anda sukar untuk move on kerana anda mudah sangat berputus asa. Mudah berputus asa apabila perlu menerima hakikat bahawa si dia bukan lagi milik anda. Anda mudah berputus asa kerana tidak dapat menerima kehilangan si dia. Anda mudah berputus asa dikala tiada keyakinan lagi di dalam diri.

Untuk bangkit berdiri di atas kaki sendiri, anda tidak boleh berputus asa!

2. Buang sikap malas berusaha.

Anda juga sukar untuk move on kerana anda malas mahu berusaha. Anda terlalu selesa dengan keadaan diri yang murung dan bersendirian sehingga merasakan tiada jalan lagi untuk move on. Buat apa nak move on kalau keadaan sekeliling masih sama.

Masih sama sebab anda sendiri yang malas berusaha, bukan orang sekeliling yang perlu berusaha memberi kebahagiaan dalam diri anda!

3. Buang sikap suka bertangguh.

Anda juga adalah seorang yang suka tangguh untuk mencari kebahagiaan dan kegembiraan dalam diri. Disebabkan anda suka untuk bersendirian, dan sangat selesa tanpa gangguan, anda suka tangguh apa jua urusan. Dengan sikap sebegini, ia secara tidak langsung akan membuatkan anda sentiasa terfikir-fikir tentang bekas kekasih.

Jadi buanglah sikap suka bertangguh ini!

4. Buang sikap malas menguasai diri dengan aura positif.

Anda juga sangat sukar untuk menerima apa jua motivasi positif menyerap dalam diri. Anda tolak mentah-mentah kerana menganggap semua keadaan sekeliling tidak memahami diri anda. Padahal, anda sendiri yang tidak mengizinkan diri sendiri untuk memahami keadaan diri sendiri. Jadi, macam mana orang di sekeliling mahu memahami anda?

5. Buang sikap suka menyendiri.

Sikap yang terlalu suka bersendirian dalam apa jua perkara juga membuatkan diri anda sukar untuk move on setelah putus cinta. Kenapa tolak jemputan kenduri dari sahabat handai mahupun ahli keluarga? Aktiviti sebegini sebenarnya untuk membuat diri anda bangkit dari apa jua masalah.

6. Buang sikap takut dengan kegagalan.

Anda selalu dengan sikap ‘sekiranya tidak dapat mencapai apa yang anda mahu, ia bermakna gagal’.

Cuba ubah mindset dalam diri, supaya tidak menganggap semuanya gagal semata-mata. Setiap kesilapan itu bukan kegagalan, tetapi ia adalah satu pelajaran untuk dijadikan sebagai pengajaran. Hidup ini bukan pertandingan.

7. Buang sikap suka sangat memberi alasan.

Dan yang penting adalah, sekiranya anda sukar move on, cek balik diri anda sendiri. Kemungkinan besar, anda suka sangat memberi alasan.

‘Susah la nak move on, sebab dia je aku ada selama ni…’

‘Susah la nak move on, sebab aku dah rapat dengan famili dia….’

Jangan! Jangan beri banyak alasan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen