7 Perbuatan Romantik Suami Secara Tidak Sengaja Bikin Hati Isteri Berdebar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Salah satu punca mengapa hubungan suami isteri itu renggang adalah apabila kurangnya kemanisan dalam hubungan mereka itu. Seperti yang selalu kita lihat adalah, diawal perkahwinan segalanya kelihatan romantik dan juga manis sahaja. Tetapi semakin lama hubungan itu terjalin, lama kelamaan kemanisan yang ada itu semakin memudar.

Perkara sebegini sememangnya tidak dapat dielakkan. Akan tetapi masih boleh diselamatkan. Macam mana caranya? Sudah tentulah perlukan usaha dari seorang suami yang telah melihat pengorbanan serta penat lelah isteri.



Mengapa suami yang kena lakukan? Ini kerana, apabila suami yang memulakan suatu perkara, maka hubungan akan lebih manis dan isteri rasa lebih disayangi. Bukan senang nak tengok suami ini buat perkara sebegini.

Para suami tak perlu bersusah payah untuk memikirkan idea yang diluar kotak fikiran tetapi hanya lakukan 7 perkara ini pasti si isteri merasai saat romantik yang suami lakukan.

1. Mencium dahi isteri ketika pulang dan pergi kerja.

Nampak macam senang je nak buatkan tetapi sebenarnya kalau suami yang tak biasa lakukan perkara ini pasti malu nak lakukannya. Terutama jika terpaksa lakukan dihadapan anak-anak. Akan tetapi perkara sebegini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri.

Selalunya orang akan kaitkan ciuman di kening ini adalah tkorang kasih sayang seseorang. Jadi dengan hanya mencium dahi isteri, dia sudah tahu bahawa dia amat penting di dalam hidup suaminya.



2. Ajak berdating.

Kalau sebelum bercinta mungkin selalu juga kalian keluar bersama-sama untuk menghabiskan masa, tetapi selepas berkahwin dan telah menghadap mukanya 24jam tiada lagi istilah dating dalam hidup kalian. Dating ini penting ye sebelum atau selepas berkahwin.

Walaupun sibuk dengan anak-anak dan tanggungjawab lain, jangan lupa untuk meluangkan masa lebih untuk korang berdua sahaja. Tak kisahlah walaupun sekadar menonton tv di rumah berdua sahaja.

3. Bantu lakukan kerja rumah.

Tidak ramai suami mahu melakukan kerja rumah kerana merasakan itu adalah tugas orang perempuan. Akan tetapi kalau suami bantu melakukan kerja rumah malah sentiasa meringankan beban isteri berkaitan kerja rumah itu adalah satu perkara yang romantik.

Bila suami bantu isteri siapkan kerja rumah, maka akan cepat siap dan akan memiliki banyak masa untuk melayani suami. Haa, kan dapat luangkan masa bersama leih banyak.



4. Teman isteri berbelanja.

Nampak macam selalu buat tapi mungkin masih belum kena cara yang betul. Bila teman isteri berbelanja ini bukan hanya tunggu di dalam kereta sahaja, tetapi teman dia untuk memilih dan beri cadangan. Barulah nampak bahawa korang seorang suami yang perihatin.

5. Mengalah apabila ada salah faham.

Isteri ni kalau dah marah mungkin dia akan ungkit segala silap salah korang 3, 4 tahun lepas. Bahkan boleh jadi kalau dia tiba-tiba akan terlepas cakap perkara yang akan menyakiti hati korang. Akan tetapi semuanya akan lebih cepat selesai kalau korang mengalah dengan cara yang bijak.

Senang je, kalau isteri marah-marah sebab salah faham, katakan sahaja ayat sebegini “yelah-yelah abang yang salah. Abang minta maaf ye”. Lepas itu pasti sattle masalah.

6. Hadiahkan produk kecantikan.

Nak pujuk isteri merajuk ataupun nak bahagiakan isteri ini mudah sahaja sebenarnya. Cuba bawa mereka ini pergi Watson, Guardian ataupun Sephora dan biarkan mereka memilih barang kecantikan apa yang mereka mahukan. Tapi korang kenalah sediakan wang poket yang cukup.



7. Jangan lupa katakan “I love you” sebelum tidur.

Sebelum tidur adalah saat-saat kalian memiliki masa untuk berdua. Malah di saat ini juga digunakan untuk berbincang mengenai rumahtangga dan juga anak-anak. Akan tetapi sebelum tidur itu jangan lupa untukan katakan “I love you”. Nampak macam senang je, tapi kalau tak penah buat kekok la jugakan?

7 tips ini memang nampak macam senang je nak buat, tetapi kalau tak penah buat dan tiba-tiba korang buat memang terus cairlah isteri yang garang macam singa tu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen