“Bila Tangki Emosi Anak Kosong, Jasa Bapa Depan Mata Pun Dia Tak Nampak” Ikuti Kisah Dari Bapa Yang Menjaga Anak Tanpa Kehadiran Isteri Disisi.

Dalam membesarkan anak-anak, pasti ada hari-hari yang tertentu dimana si ayah atau si ibu perlu menjaga anak-anak keseorangan. Situasi sebegini sudah tentu menunjukkan salah seorang daripada ibu bapa terpaksa bekerja di luar kawasan ataupun kesihatan yang terjejas. Melainkan bapa atau ibu tunggal, sudah menjadi kebiasaan untuk menjaga anak keseorangan.

Dalam menjaga anak berseorangan, secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak rindu dengan ibu atau bapanya yang tiada disisi. Sehinggakan membuat ibu atau bapa berasa terkilan kerana dia yang bersusah payah menjaga anaknya.

Kenapa ini terjadi pada anak-anak kita?

Ia terjadi kerana tangki emosinya kosong seperti perkongsian dari Encik Mohd Fhais ini….

********

"Selama dua hari ni saya sorang yang urus anak dua orang daripada malam sampai ke pagi kerana isteri kerja shif malam."

Kita la yang bawa dia dan adik pergi kedai makan sorang sorang. Tahu je la huru hara dia macam mana bawa budak sorang 5 tahun sorang 1 tahun ke kedai makan.

Malam pula nak tidurkan dua orang ni bukan senang. Sorang nak kena bergendung, dodoi bagai baru nak tidur itupun susah. Yang kakak pula kena hulur lengan baru dia nak tidur, selagi tak hulur selagi tu la dia duk berangan main atas katil.

Aduh, memang tak tenang hidup jaga dua orang kanak ribena ni seorang diri.

Belah pagi lagi la sengsara. Kita baru nak bangun solat subuh, si adik ni dah tercelik. Setiap hari begitu.

Nak mandi kakak, adik pun nak mandi juga. Malas dah nak bersuara, ambil mandikan je sekali senang.

Bersiap pun berebut-rebut. Itu yang pakai sambar je apa baju nampak depan mata. Janji tak bogel. Hihi

Kita dah sengsara ni dari malam sampai pagi, tup tup anak cakap begini,

"Papa,,,bila mama nak balik rindu mama"

Mulanya rasa geram juga dalam hati ni sebab anak tak hargai langsung kesusahan kita jaga dia ni. Orang yang tak ada pula dia tanya.

Tapi bila di fikir balik, dah 2 hari dia tak dapat makan, tidur dan mandi dengan maknya. Barangkali tangki emosi anak ini dah kosong.

Kosong kerana rindu nak suapan mak, rindu tidur sebelah mak dan rindu nak mak mandikan.

Bila ada empati saya dapat rasa apa yang anak ni rasa.

Jelas terpampang di wajah sengsara emosi dia 2 kali lebih sengsara daripada saya jaga dia selama dua hari ini seorang diri.

Jangan main-main dengan tangki emosi anak. Tangki ayah lain, tangki mak lain. Dua-dua penting dalam diri anak-anak.

Risiko besar jika selalu tangki emosi kosong ni anak boleh jadi selalu tantrum, kuat menangis ataupun jadi pendiam ya amat sehingga tak mahu berkawan.

Wallahu A'lam,

Sabar ye rania sayang, hari ni mama dah cuti.

Image may contain: 1 person

********

Semoga Diberikan Inspirasi!

Artikel Lain

Tinggalkan Komen