12 ‘Special Qualities’ Yang Ada Pada Gadis, Jarang Lelaki Tinggalkan.

Oleh: Rafi

Girls, tahukah kamu ada 12 ‘special qualities’ yang ada pada seorang gadis mampu membuatkan seorang jejaka sukar meninggalkannya tanpa sebab ? Jadi, ini adalah antaranya;

1. You are smarter then him!

Setiap lelaki memerlukan pasangan yang bijak dan boleh membantu mereka meneruskan kehidupan dan melalui hari-hari yang sukar. Walaupun ada sesetengah berpendapat kebanyakan lelaki takut untuk mendekati gadis yang lebih bijak darinya namun hakikatnya di sebalik kekuatan seorang lelaki, pasti ada seorang gadis yang hebat.



2. Cantik.

Kecantikan itu sesuatu yang subjektif dan bergantung pada fahaman masing-masing. Ya kecantikan di wajah memang tidak akan kekal selamanya, tetapi kecantikan dalaman akan membawa sehingga ke tua. Jadi, bonus seperti ini akan mengajar seorang lelaki untuk menghargai apa yang si dia miliki.

3. Ambil berat.

Fitrah seorang wanita, mereka dilahirkan dengan mempunyai sifat penyayang dan ambil berat. Walaupun hakikatnya lelaki lebih penyayang namun mereka tetap mencari seorang gadis yang mempunyai ciri seperti ini kerana mereka percaya individu seperti ini akan menjadi isteri yang terbaik.

4. Sentiasa suka mencuba.

Bagi seorang lelaki, mempunyai pasangan yang energetik, berani menyahut cabaran serta suka mencuba sesuatu yang baru adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dramatik. Cara ini akan membuatkan hubungan antara kamu berdua lebih bahagia dan mencabar.



5. Boleh berunding.

Mencari pasangan yang boleh berunding adalah satu kemestian bagi seorang lelaki. Ini kerana, mereka sangat mementingkan kedamaian dalam perhubungan. Malah, mereka juga mencari gadis yang benar-benar memahami situasi mereka. Contoh seperti waktu kerja. Girls, jika kamu gagal mengawal emosi dan sukar dibawa berunding percayalah lelaki pasti naik menyampah dengan kamu.

6. Menyenangkan.

Dicintai dan menyintai adalah seperti berada di sesuatu kawasan yang menyenangkan seperti berada di dalam rumah sendiri. Jika mereka melihat mata kamu dan dapat melihat bayangan yang indah percayalah mereka tidak akan sesekali mensia-siakan waktu kamu.

7. Membimbing.

Kadangkala lelaki memang suka melakukan kesilapan. Oleh itu, mereka sering mengimpikan seorang gadis yang benar-benar boleh membimbingnya serta tidak meletakkan segala kesalahan di atas bahunya. So girls, jangan mudah melenting bila si dia terambil langkah yang salah ketika bersama kamu. Sebaiknya cuba bantu si dia mencari jalan yang lebih sesuai dan betul.

8. Berjiwa kental.

Lelaki memang suka melihat seorang gadis yang feminim dan lembut tetapi dalam masa yang sama mereka mengharapkan gadis tersebut mempunyai ciri hati yang kental dan tabah. Ini kerana, “a strong woman is a partner every man needs”.



9. Bercita-cita tinggi.

Setipa individu yang berjaya adalah individu yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Begitu juga dengan lelaki. Selain melihat dirinya berjaya mereka juga mahu melihat pasangan mereka berjaya. Jadi pilihan gadis yang mempunyai cita-cita yang tinggi membuatkan si dia membuka mata tentang keazaman kamu.

10. Tahu hala tuju.

Kebanyakan lelaki mahukan seorang gadis yang tahu hala tuju mereka walaupun sesetengah dari mereka mengharapkan pasangannya hanya menjadi suri rumah. Tetapi itu tidak bermaksud kamu hanya perlu bersenang lenang ya. Kamu harus tahu mengemas rumah, masak dan fahami sedalamnya tanggungjawab kamu. Jika kamu sendiri tidak tahu hala tuju kamu, si lelaki pasti akan mula pandang negatif terhadap kamu.

11. Bermakna.

Ya, tidak di nafikan mungkin adakalanya sesuatu yang di miliki tidak akan kekal selamanya. Tetapi lelaki tidak akan sesekali menyerah kalah jika mereka tahu apa yang mereka pertahankan itu berbaloi dan mempunyai makna yang cukup mendalam.

12. Menyayangi pasangannya sepenuh hati.

Girls, hati seorang jejaka sebenarnya tidaklah sekeras apa yang dijangkakan. Jika kamu menyayanginya sepenuh hati mereka pasti akan rasa dihargai dan sangat beruntung. Apabila melihat keliling tentang kes-kes curang dan sebagainya pasti membuatkan si dia sangat menghargai kewujudan kamu dan percayalah mereka tidak mahu rugi kerana kehilangan individu yang terbaik seperti kamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen