Nak Rumahtangga Bahagia Ini Bukan Hanya Sebelah Pihak Sahaja, Dua-Dua Kena Petahankan Biar Tak Runtuh Masjid Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang nak bahagia bila berumahtangga, tak ada satu orang pun yang ingin rumahtangga yang dibina itu tidak bahagia. Kalau ada pun, mungkin orang itu mempunyai masalah yang lain.

Nak cari pasangan mungkin mudah, nak langsungkan pernikahan juga mungkin ada yang mudah, akan tetapi nak kekalkan hubungan suami isteri ini agak payah. Ini kerana, ujian yang bakal suami isteri hadapi tak akan sama dengan ujian masa bercinta.

Malah semua perkara yang berlaku dalam hubungan suami isteri ini, hanya mereka berdua lah bertanggungjawab sepenuhnya.



Tak mudah dan tak susah kalau kedua-duanya memberi kerjasama yang baik dalam hubungan yang terbina itu. Jangan hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hubungan yang terbina sedangkan sebelah pihak lagi hanya memberi harapan yang segunung.

Ini tips yang diamalkan oleh Abu Hurairah Asifa bersama isterinya, mungkin boleh menjadi panduan dan ikutan pasangan suami isteri yang lain.

Ini yang saya dan isteri lakukan.

Demi untuk kami sendiri hidup bahagia, walau kami tahu, ujian dalam rumahtangga takkan pernah berhenti hingga hujung nyawa.



1. DUIT

Sebagai suami, sewa rumah, bil-bil, makan minum, sayalah wajib yang menanggung. Walau tiada kerja tetap, saya akan usaha sampai habis semua darah dan airmata. Jika tak cukup, isteri akan tampung tapi bukan tanggung. Ada duit lagi, saya akan bayar semula pada isteri berapa yang dia tampung.

Duit isteri, terpulang dia nak buat apa. Cuma maklumkan dia nak beli apa. Saya akan pandu dan bagi panduan agar tidak membazir dan boros.

Duit untuk mak ayah juga, samada saya dan dia, kami tidak akan berkira. Ibu bapa perlukan belanja, bagi saja. Kalau tak cukup, kita kongsi sama-sama.

Jangan besarkan hal duit. Kita akan bergaduh dan berbalah dan blah!



2. MASA

Isteri menjaga taska. Penat dan lelahnya saya faham bagaimana. Kalau sebagai suami, nak rasa bagaimana letihnya menjaga anak-anak, bawalah anak-anak kita pergi kerja. Pergi main futsal. Pergi lepak mamak, pasti cubit dan tangan kita rasa nak bagi saja bila perangai dan tangis mereka memekakkan telinga.

Maka, saya kerja dari 10pagi hingga 5 petang. Awal pagi, rumah saya uruskan. Dari membasuh, menyapu, menyidai, dan semuanya.

Isteri 6 pagi sudah menguruskan taskanya. Sampai 9 malam.

Syaratnya, jika malam saya membaiki atau menjual, dia uruskan dan jagalah anak-anak pula. Hari minggu masa untuk saya rehat dan dia ambil urusan rumah. Hari ahad saya join kemas dan urus rumah sama-sama.



3. MASALAH

Masalah utama dalam rumahtangga adalah penat. Bila penat, tolong jangan bercakap. Letak beg, masuk tandas mandi, pakai wangi-wangi dan rehatlah.

Kalau anak bergaduh, buat hal, bising, siapa yang rasa dia hamba dan nak memberi, lawanlah kepenatan tu dan selesaikan.

Takkan selesai jika masing-masing nak pertahankan dan nak menang dalam semua hal. Penat, rehat. Jangan cakap, jangan buat. Semua nanti jadi serabut unta!

Dan banyak lagi yang perlu kita usahakan bersama.

Kalau satu pihak sahaja, maka akan sengetlah rumahtangga kita menanti jatuh ke riba.

Kalau pasangan tidak mahu membantu dan terus menjadi kayu dan batu, kita buatlah tak mengapa. Allah sedang nilai segala usaha.

Allah nak bagi syurga.

Nak bagi tenang dan bahagia.

Dia takkan dapat dengan bersenang-senang dan gelak ketawa. Ia perlu di bayar dengan sakit dan airmata.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen