Jangan Kecewa Kalau Jodoh Tak Panjang, Allah Nak Gantikan Dengan Lebih Baik Dengan Syarat....

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini macam satu teka teki yang tidak tahu bila kita kan tahu jawapannya. Kita tak tahu kita ada jodoh atau tidak dengan kekasih hati kita sekarang ini. bahkan, kita juga takt ahu sampai bila jodoh kita bersama suami atau isteri kita sekarang ini.

Jodoh itu mungkin boleh berubah, mungkin juga tidak. Nampak tak betapa teka tekinya mengenai jodoh ini. Boleh jadi jodoh yang ada sekarang ini bukan yang terbaik buat kita, tapi boleh jadi yang terbaik.



Semakin banyak kita fikirkan mengenai jodoh ini, sudah tentu ia akan menjadi satu perkara yang menakutkan diri sendiri. Ada orang yang sudah bertunang tapi tak dapat jadi suami isteri. Ada suami isteri yang sudah menjadi yang halal tetapi hanya mampu bertahan 2 atau 3 tahun sahaja. Itu belum lagi yang terpisah kerana kematian.

Jodoh tidak panjang. Mungkin itu yang boleh dikatakan apabila ikatan perkahwinan yang dibina tidak mampu bertahan lagi. Jalan terakhir adalah berpisah dengan cara baik. Begitu suami atau isteri meninggal dunia. Itu semua dugaan yang harus ditempuhi.



Ditakdirkan Allah, bertemu jodoh buat kali kedua. Tentu sekali, ia tidak akan sama dengan pasangan yang terdahulu. Kadang-kadang timbul perbandingan dengan bekas pasangan sebelum ini.

Jodoh kali kedua, baik duda bertemu janda, ini ringkasan tentang perkongsian daripada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Apabila seseorang itu berpisah, baik berpisah hidup atau mati dan ditakdirkan bertemu jodoh kali kedua, kita kena ingat hakikat yang sebenarnya bahawa Allah swt tidak akan ambil sesuatu daripada kita dan gantikan dengan lebih baik.



Semua ini Allah akan digantikan dengan pasangan yang lebih baik dengan syarat:

1. Kita (lelaki atau wanita) itu sendiri perlu memperbaiki dan betulkan diri sendiri.

2. Kita perlu banyak berdoa untuk mengubah diri dan kehidupan agar lebih baik daripada sebelumnya.

3. Jangan bandingkan dengan pasangan yang lepas. Lumrah manusia, kita boleh maafkan tetapi tidak boleh melupakan. Kena ingat, setiap orang ada kekuatan dan kebaikan. Apabila mendapat pasangan baru, tumpukan pada kekuatan dan kebaikan pasangan. Bila fokus yang positif sudah tentu perkara yang baik akan datang.

4. Amalkan perkara baru yang sebelum ini tidak penah amalkan seperti makan bersama, mandi bersama, tidur bersama dan bermaafan sebelum tidur.

5. Hantar gelombang kepada pasangan. Tiap kali melihat, “Aku sayang dan hormat pasanganku kerana Allah”.

6. Perbezaan pasangan, suami pendiam, isteri bising dan sebaliknya. Jadi, imbangi pasangan ‘yin dan yang’ ini untuk rumahtangga menjadi kukuh dan bertambah kuat.

7. 95% penceraian adalah berpunca daripada suami atau isteri yang tidak jaga solat. Jadi perbaiki, perkemaskan, perkukuhkan solat dab banyakkan berdoa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen