Jangan Baru Nak Menyesal Kalau Isteri Mula Dah Tak Kisah, Masa Ni Baru Tahu Langit Tinggi Rendah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang sekarang ni dengan gadget memang tak boleh dipisahkan. Tangan tu kalau boleh 24jam pegang telefon bimbit. Tak kisahlah kanak-kanak ke, orang dewasa ke sama je kedua-duanya.

Kalau kanak-kanak ni kita tahu lah mereka ini akan berdepan dengan masalah speech delay, sosial ataupun kesihatan mata. Orang dewasa pun terdedah dengan perkara ini, malah orang dewasa yang ketagihan ini akan berdepan dengan masalah sikap menanggung kerja.



Bila isteri minta tolong, mesti akan dapat jawapan “nanti kejap”.

Bila anak ajak main bersama-sama, mesti akan jawab “jangan kacau”.

Haa, macam mana nak ada bonding antara anak dan isteri kalau mata dan masa kita hanya tertumpu kepada telefon bimbit sahaja.

Semoga perkongsian daripada Ariff Ismail ini dapat manfaat untuk semua.

SUAMIKU EN GADGET

" Bang...tolong sayang beli roti kat bawah jap "
Rayu bini.

" Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah ".
Jawapan Suami.

Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan " handphone ". Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat "rasukan ablasa".



Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gadget, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada " QUALITY TIME" dengan bini.

Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gadget kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.

Dalam rumah tangga ni kena saling memahami, jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gadget. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.

Saya pon sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan " QUALITY TIME " dengan ayah saya.

Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.

Bila masa saya ambil anak, gadget pon saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.



Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan beleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gadget kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.

Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gadget dari dia. Nak guna gadget ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gadjet melebihi dari keutamaan kita yang lain.

Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gadget, sampai nak tido pon dengan gadget, ni tidur dengan bini ke dengan gadget?

Jom kita ubah...mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gadget. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gadget.

Selamat Hujung Minggu Semua..

- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen