Selalu Suami Buat Tak Endah Je Bila Dengar Cerita Remah Temeh Isteri, Tapi Kalau Dia Suka Layan Benda Macam Ini, Mesti Cepat Sentap Dengan Orang Perempuan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita orang perempuan ni, selalu sangat mengeluh kalau suami kita tak ambil serius dengan apa yang kita cakapkan. Tak cukup itu sahaja, ada yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, apa yang isteri kongsikan semuanya dia buat dek je.

Sampaikan isteri rasa tak ada siapa yang dengar segala keluahan dan luahan hatinya, sedangkan ada sahaja suaminya di sisi cuma suaminya tak pandang serius akan perkara remeh sahaja. Kenapa lelaki-lelaki ini tak mudah untuk layan benda-benda remeh ni?

Tapi kalau dia orang layan benda remah-remah macam perempuan mesti dia orang ni akan lebih kepochi berbanding perempuan kan? Haa, meh kita baca sedikit perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop. Semoga sedikit sebanyak akan membuka mata kita untuk menghargai lebih suami kita.



Suami ni, kita rasa sikap dia yang endah tak endah bila kita bercerita tu sebagai kelemahan.

Sedangkan sikap tak suka kisah hal remeh temeh tu sebenarnya adalah sebesar-besar kekuatan.

Cuba bayangkan kalau suami suka layan benda remeh, kita tegur dia tak sidai tuala betul-betul pun, mesti dia dah merajuk taknak makan nasik.

Tu belum perangai molot jahat orang pompuan yang asyik mengungkit lagi tu. Kalau dia suka layan, lama dah balik rumah mak ayah dia. Tak pun, mengadu dengan member dalam group wasap. (Jagalah bab ni. Pasal ni lah wanita paling banyak dalam neraka)

Pernah dengar orang lelaki left group?
Pernah dengar suami kita balik cerita merajuk dengan boss?
Pernah dengar suami kita mengadu dia sedih member tak ajak dia sama gi outing?
Pernah suami berkurung dalam bilik kes berebut beyblade dengan anak?



Ada?
Dia takda perasaan ke?

Ada!
Dah tentu ada.

Tapi disebabkan sikap tak suka benda remeh temeh, dia jadi cepat lupa. Cepat maafkan. Cepat move on.

Hari ni kita masak kari masin, esok kalau kita masak kari lagi, takda sampai dia terketar-ketar trauma taknak makan.

Hari ni dia balik rumah lapar, ingat kita dah siap masak, tapi rupanya belum. Dia tak naik angin. Dia pun tolong masak sama. Tak pun ajak makan luar.

Jadi, kalau ada pergaduhan apa-apa, janganlah kita risau. Dia tak sampai benci. Kejap je dia lupa dah. Kita minta maaf ke tak, dia lupa.



Atas bahu dia ada beban lebih besar dia nak pikul yang melebihi dari nak melayan perasaan dia sendiri.

Jadi, masa kita sedang sangat marah, tahan sekejap. Jangan adu pada sesiapa dulu. Apalagi masuk dalam media sosial. Rileks kejap. Gi lah McD makan choco top ke apa.

Fikir.

Kalau dah terlepas cerita, susah nak tarik balik. Kalau tak tahan juga, pilih betul-betul dengan siapa kita nak bercakap. Orang yang kita tahu takkan tambah masalah dan takkan tambah-tambah.

Diam dulu.
Fikir lagi.

Ini benda remeh ke tak remeh.

InsyaAllah.
Anda mampu mengubahnya!

Termasuk aku juga,
Siti Suryani Yaakop

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen