Nak Bahagia Dalam Rumahtangga Tu, Amalkan 3 Perkara Ini. Insya Allah Akan Bahagia Selamanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah kahwin tak akan tak nak bahagia pula kan? Mestilah nak bahagia selamanya. Tapi setiap orang nak dapatkan rasa bahagia itu berbeza. Ada yang begitu mudah nak dapat bahagia, ada pula yang perlu hadapi pelbagai ujian terlebih dahulu barulah dapat merasai kebahagiaan.

Dalam hubungan rumahtangga ini, nak bahagia tak boleh sorang-sorang je yang berusaha. Kedua-duanya perlu memainkan peranan yang betul kalau nak sama-sama bahagia.



Sebabnya kalau sorang-sorang je yang berusaha, hanya akan makan hati berulamkan jantung sahaja. Yelah, pasangannya tak layan dan buat dek je.

Ini Mohd Fhais ada kongsi tips rumahtangga bahagia hingga ke anak cucuk. Nampak macam remah tapi ramai yang tak buat, itu yang susah nak rasa bahagia tu.

Nampak remeh tapi 3 benda ni la faktor utama rumahtangga kekal bahagia hingga ke anak cucu.



1 - Jaga Komunikasi

Tak kisah komunikasi guna mulut, pesanan ringkas mahupun di media sosial, setiap hari mesti ada sekurangnya 5 kali interaksi komunikasi.

Jika solat 5 waktu sehari adalah tiang agama, maka komunikasi 5 kali sehari pula adalah tiang rumahtangga bahagia.

Jaga pertuturan, jaga topik perbualan dan jangan terlalu mendominasi perbualan. Komunikasi yang baik mestilah ada interaksi dua hala dan jujur sepenuhnya.



2 - Sentiasa Tanya Khabar

Tanya khabar bukti kita prihatin akan pasangan kita. Tengok sahaja pasangan dalam masalah dan bercakap dalam hati bukan prihatin tapi itu andaian.

Ketika pasangan ada masalah, ketika itu la dia sangat perlukan perhatian dari kita. Tak mampu tolong itu perkara kedua, yang penting pasangan tidak rasa keseorangan dan dia tahu bahawa kita sentiasa ada untuk menyokong dia.

Pasangan kuat bukanlah pasangan yang boleh buat semua benda sendiri tapi mereka kuat kerana mereka yakin tidak kira apa pun berlaku kita sentiasa ada bersamanya.



3 - Jadi Pendengar

Ketika seorang bercakap, seorang mesti mendengar. Baru luahan itu sampai ke hati dan bukan tersangkut sekerat jalan.

Jadi pendengar reflektif bukan setakat dengar sahaja tapi pendengar reflektif faham sepenuhnya apa yang di luahkan pasangan. Baru tak ada salah faham.

Hadap muka pasangan dan pastikan ada "eye contact" semasa bercakap. Pendengar biasa hanya guna telinga untuk mendengar tapi pendengar luar biasa dia guna semua 5 deria untuk mendengar.

Percayalah cakap saya ni, jika 3 benda remeh ini kita pandang serius setiap hari maka kejujuran, kesetiaan dan kebahagian akan datang dengan sendiri.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Buat secara konsisten selama 40 hari dan ia akan jadi kebiasaan sampai bila-bila.

p/s : Bantu saya sebarkan ilmu ni pada semua pasangan yang anda kenal ye supaya mereka pun boleh dapat manfaatnya. Terima kasih banyak-banyak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen