Jom Ketahui Sama Ada Crush Suka Pada Anda Atau Tidak Melalui Matanya.

Apabila kita suka atau minat seseorang dari jauh, pasti kita akan lihat setiap pergerakan fizikalnya, sama ada tertarik dengan kita ataupun tidak. Ini kerana tipikal fikiran manusia, hanya melalui pergerakan fizikal sahaja akan menentukan sama ada si dia mempunyai perasaan yang sama ataupun tidak.

Pendek kata ia adalah ‘Hint’ untuk mengetahui perasaan tersebut.

Di antara semua pergerakan fizikal, sudah tentu dari pandangan mata juga termasuk untuk mengetahui ‘Hint’ tersebut.

Jadi, Pada Mereka Yang Minat Pada Seseorang Dari Jauh Atau Dipanggil ‘Crush’, Jom Ketahui Sama Ada Si Dia Suka Pada Anda Atau Tidak Melalui Pandangan Matanya…

1. Merenung Malu.

Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan tenungan anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda.

Renungan ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka yang agak terlalu gementar untuk berkomunikasi. Terlalu malu untuk menatap wajah, apatah lagi untuk bertentangan mata.

Malu Tapi Mahu!

2. Mengangkat Kening.

Ada juga sebahagian daripada kita, apabila berkomunikasi, keningnya juga akan sedikit terangkat. Ia ibarat irama dengan setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Jika, keningnya hanya mendatar dan tidak mengikut tempo irama percakapannya, ia bermaksud anda bukanlah seseorang yang dia minat. Malah tiada juga sedikit perasaan suka.

Jangan Perasan!

3. Curi-Curi Pandang.

Cara begini juga seperti point nombor 1 di atas, Malu Tapi Mahu, akan tetapi caranya agak berlainan sedikit.

Jika bersemuka, dia agak malu-malu mahu bertentangan mata. Tetapi apabila berjauhan, memang ternyata mata si dia hanya memandang anda sahaja.

Namun, sekiranya anda tersedar dan melihatnya dari jauh, si dia mula mengalihkan pandangan.

4. Pandangan Ekor Mata.

Si dia suka memandang anda dengan ekoran matanya sahaja. Karakter individu sebegini sebenarnya sedikit ego dan tidak mahu kalah. Dia tidak suka pada kekalahan atau tewas dalam permainan.

Dia suka pada anda, tapi dia ego. Kalau anda suka main tarik tali, kemungkinan besar ciri-ciri ini anda boleh dekati.

5. Merenung tepat.

Dan, pandangan inilah yang sebenarnya ramai ternanti-nanti kerana pandangan sebegini yang menunjukkan si dia benar-benar jatuh hati pada anda.

Namun….

Sekiranya si dia mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama pada anda, hati-hati! Si dia sweet talker.

Gaya sebegini memang amat berani, dan ramai yang tewas.

Jadi, Si Dia Yang Anda Suka Macam Mana?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen