Mudah Terkena Renjatan Elektrik Apabila Di Pasaraya, Ini Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan sekali bukan dua kali tetapi berkali-kali kita terkena renjatan elektrik yang kecil ini. Apabila kita tersentuh rakanlah, tersentuh barang di pasarraya lah malah ada juga yang kalau pegang troli pasaraya pun kena juga renjatan.

Kadang-kadang tu sampai rasa takut nak pegang apa-apa di dalam pasarraya disebabkan rasa renjatan ini. Dan perkara ini berlaku pada sesetengah orang sahaja. Dia sahaja yang selalu terkena ataupun menghasilkan renjatan elektrik.



Mereka yang sentiasa mengalami renjatan ini bukan bermaksud anda miliki kelebihan untuk menghasilkan elektrik sama macam watak ‘Storm’ dalam Filem X-men.

Nak tahu macam mana perkara sebegini boleh berlaku?

Pertamanya kita perlu faham berkenaan dengan elektrostatik. Elektrostatik disini bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.

Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidak seimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut. Jika bahan itu berlebihan cas negatif(iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Perkara ini adalah sama seperti eksperimen yang selalu dibuat waktu kita kecil iaitu dengan cara menggosok pembaris getah dengan menggunakan kertas. Kemudian, pembaris itu dilihat boleh menarik kertas ataupun objek lain untuk melekat pada pembaris tersebut.

Ini disebabkan ketidakseimbangan cas pada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan mereka saling mendekati untuk menyeimbangkan cas mereka.



Kenapa pula ada sesetengah orang sahaja yang selalu menghasilkan renjatan elektrostatik ini?

Jawapannya adalah disebabkan cara mereka berjalan. Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.

Keadaan ini diterukkan lagi jika anda berjalan di lantai yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester ataupun getah.

Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan ini apabila berada di dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.

Ada juga sesetengah daripada kita tidak berjalan dengan cara menyeretkan kaki, tetapi masih juga menghasilkan renjatan elektrik ini. Ia mungkin disebabkan jenis baju yang kita pakai. Baju yang diperbuat daripada polyester akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada cotton.

Kemudian suhu dan kelembapan juga memainkan peranan penting. Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Ini menyebabkan elektron sukar untuk bergerak di dalam udara bagi melakukan nyahcas. Sebab itulah diluar negara, keadaan renjatan elektrostatik ini akan meningkat ketika musim sejuk.



Jika anda berada di dalam pejabat ataupun kawasan yang mempunyai penghawa dingin juga akan meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.

Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik ini?

i. Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan. Nak tahu kita ni suka jalan menyeret atau tidak mudah sahaja. Tengok tapak kasut kita, sudah nipis ataupun tidak. Jika sudah nipis, maksudnya kita suka jalan menyeret kaki.

ii. Elakkan daripada menggunakan karpet di dalam pejabat.

iii. Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada polyester

Kesimpulan

Kebolehan seseorang untuk menghasilkan renjatan elektrik adalah disebabkan kebiasaannya yang suka berjalan dengan menyeret kaki. Ia juga boleh disebabkan jenis pakaian yang anda pakai dan juga suhu dan kelembapan persekitaran. Oleh itu, jika mahu mengelakkan perkara ini, cuba elakkan berjalan dengan cara menyeret kaki anda.

Harap bermanfaat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen