Dalam Mencari Cinta, Kita Yang Mana?

Manusia itu ciptaan Allah…

Maka, setiap rasa itu kurniaan Allah kepada kita…

Setiap rasa itu adalah rezeki yang Allah berikan pada semua manusia…

Rasa cinta, sayang, rindu dan ingin memiliki…

Rasa itu tidak punya salah…

Yang salah adalah cara manusia mempergunakannya…

Lumrah sebagai manusia, kita tidak punya sabar yang tinggi…

Masih belum tiba masa dan waktu yang sesuai, kita sudah serahkan hati…

Serahkan jiwa, malah serahkan diri…

Dalam Mencari Cinta, Yakni Mencari Jodoh Yang Serasi, Ada 3 Individu Yang Tergolong Dalam Dunia Ini…

1. Sabar. Tunggu. Setia.

Kita sudah lama berkenalan dengan si dia. Walaupun si dia punya kekurangan dan kelemahan yang jelas dimata orang ramai. Kita masih setia. Setia untuk menunggu perubahan daripada si dia. Mana tahu dengan perubahan tersebut, kita dan dia akan akhirnya bahagia. Bahagia untuk mencipta hidup bersama.

Kita seumpama mengejar benda yang tidak pasti…

Kita mengejar jodoh yang tidak pasti…

Mungkin kerana terlalu bodoh dan buta hati…

Hanya kerana cinta, kita sanggup sabar dan setia menanti…

2. Berlari. Berkejar. Jatuh cinta lagi.

Kita tidak serik mencari cinta.

Kerana cinta itu adalah anugerah Ilahi.

Kita mahu rasakan cinta berkali-kali dengan orang yang berbeza personaliti.

Mahu jumpa yang terbaik, kerana usaha itu amat penting untuk mendampingi orang berkualiti.

Kita mudah move on. Kita mudah bangkit. Bukan hanya kerana takut dengan kesunyian, akan tetapi tidak mahu diri bergelumang dalam gelap tanpa cahaya. Kita mampu mencari cahaya, tidak sama seperti orang lain. Sehingga benar-benar kita berjumpa dengan jodoh yang serasi. Kita tidak takut kerana tahu dan yakin dengan takdir Ilahi.

3. Tawakal.

Kita tidak punya siapa…

Tetapi sabar dan tunggu sehingga dirisik…

Tawakal sekiranya bertemu jodoh di dunia ataupun di syurga…

Kita tidak mahu berkenalan kerana takut terus disakiti berulang kali…

Takut cinta tidak berbalas, apatah lagi perasaan cinta itu dicemari…

Namun apa jua dalam hati, hanya berserah benar-benar pada Ilahi…

Apa-apa pun terjadi, memang tawakal itu adalah jalan yang paling terakhir…

Walaupun bersabar…setia menanti…

Berkejar dan jatuh cinta berkali-kali…

Tawakal itu adalah titik akhir untuk kita lalui…

Tetapi, kita yang mana dalam mencari cinta yang hakiki?

Semoga Allah Permudahkan Kita Semua Untuk Mencari Si Dia Yang Dinanti!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen