Pada Mereka Yang Ada Masalah Hutang, Ini 2 Cara Pantas Untuk Selesaikannya.

Pada masa kini, memiliki hutang yang banyak seperti sudah menjadi kebiasaan kerana tidak didedahkan dengan awal cara untuk mengawal perbelanjaan harian kita. Sekiranya ada ilmu kewangan, tidaklah kita terburu-buru untuk menambah hutang sehingga sesak setiap bulan untuk membuat pembayaran.

Jadi, pada mereka yang sukar untuk selesaikan masalah hutang ini, ikuti tips dan cara yang tleha dikongsikan oleh saudara Harith Faisal ini…

********

2 Cara Selesaikan Hutang Dengan Pantas!

1. Snowball.

Sebelum mulakan teknik ni, kau kena buat dana kecemasan 3 bulan gaji. Atau paling tidak pun 1 bulan gaji. Ini special case untuk orang yang berhutang banyak.

Kau fokus untuk buat full settlement bagi hutang yang paling kecil amaunnya. Pada masa yang sama, kau tetap kena bayar komitmen bulanan hutang-hutang yang lain.

Susunan dia macam ni:

  • Pembiayaan peribadi 1 RM5K
  • Kad kredit 1 RM10K
  • Pembiayaan peribadi 2 RM10K
  • Kad kredit 2 RM20K
  • Pembiayaan kereta RM45K
  • Pembiayaan rumah RM300K

Jadi, kau kena ada sejumlah duit yang cukup untuk buat full settlement hutang pertama tu. Yang tu yang paling mencabar. Nak tak nak kau kena buat juga langkah pertama ni.

Lepas kau dah setelkan hutang pertama tu, kau akan ada lebihan duit (cashflow) setiap bulan. Maka gunakan lebihan tu untuk bayar hutang yang kedua kecil amaunnya.

Dengan cara ni, hutang kau akan selesai satu per satu, sampailah semua hutang kau setel.

2. Debt Stacking.

Kau kena susun semua hutang dan komitmen kau ikut kadar keuntungan bank atau faedah. Jadi, kau kena selesaikan hutang dengan kadar keuntungan bank yang tertinggi.

Susunan dia macam ni:

  • Kad kredit 18%
  • Pembiayaan peribadi 8%
  • Pembiayaan kereta 5%
  • Pembiayaan rumah 4.5%
  • PTPTN 1.5%

Jadi, dalam situasi ni kau kena selesaikan dululah hutang kad kredit kau tu. Pada masa yang sama, tetap kena bayar bulanan hutang-hutang lain.

Dengan cara ni, kau akan dapat kurangkan keuntungan yang kau kena bayar kepada bank. Tapi kalau hutang kad kredit tu besar gila, maka lambatlah kau dapat selesaikan hutang pertama kau (kad kredit).

Maka, lambat jugalah kau akan dapat cashflow untuk kau mula selesaikan hutang kedua pula.

Nak pilih teknik yang mana?

Kalau saya, saya lebih suka teknik snowball tu. Sebab lebih mudah dan cepat untuk selesaikan hutang pertama yang amaun kecil. Jadi, bila dah setel hutang pertama automatik saya akan ada lebihan cashflow setiap bulan.

Saya akan gunakan cashflow baru saya tu untuk bayar hutang kedua hingga selesai. Sambung pula dengan hutang ketiga sampai semuanya selesai.

Kau tengoklah sendiri macam mana kau punya tahap kewangan. Sesuai yang mana, kemudian proceed.

Tapi tak semestinya kau kena selesaikan semua hutang tu segera. Contoh untuk pembiayaan rumah pelaburan, tak perlu buat full settlement pun tak apa. Biarlah bayar sampai 35 tahun pun, sebab penyewa yang bayarkan. Ha!

Oh ya! Dalam fasa nak snowball atau debt stacking tu, kau janganlah tambah hutang baru ya. Kalau tak, tak setel setellah hutang sedia ada kau tu sampai akhir hayat. Sedih! – HF

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen