Ikuti Tips Mudah Dari Lelaki Ini Supaya Anak Suka Membaca Dan Gilakan Buku.

Pada masa kini, memang agak sukar untuk lihat anak-anak suka membaca buku sejak dari mereka kecil lagi. Ini kerana minda mereka mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang orang dewasa lakukan, termasuklah ketagih bermain dengan telefon bimbit.

Sekiranya isu ini tidak dibendung sejak anak dari kecil lagi, memang agak sukar bagi ibu bapa untuk mengawal segala aktiviti anak-anak. Maka, membaca buku adalah salah satu aktiviti untuk mengelakkan atau mengurangkan anak-anak mengadap telefon bimbit sahaja.

Ikuti sedikit perkongsian dari Encik Taufiq Razif ini dalam mendidik anak-anak supaya suka membaca dan gilakan buku…

********

5 Cara Mudah Nak Bagi Anak Gilakan Buku.

1. Bagi anak kita Authority dulu.

Ya, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta

2. Jaga 'state' anak ketika dia bersama buku.

Masa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan ( anchored ) pada buku tu.

3. Jangan paksa anak membaca.

Tugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada 'wonderful feeling' bila tertengok buku buku tersebut.

4. Jadikan diri kita 'teachable'.

Sekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang' contribute' sesuatu pada mak ayahnya juga

5. Jadikan diri kita model terbaik.

Kebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang ' tular dan berjangkit ' pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.

Begitu juga kalau habit kita setiap hari adalah membaca buku di depan mereka. Lama kelamaan habit tu akan berjangkit pula pada anak anak kita.

p/s : Malam ni sebelum tidur, boleh la bacakan buku cerita pada anak anak. Pilih cerita yang baik baik kerana cerita sebelum tidur ni boleh meningkatkan imaginasi dan 'inner vocabulary' anak kita.

********

Semoga Menjadi Iktibar Bagi Semua Ibu Bapa!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen