Apa Nak Buat Kalau Anak Kecil Suka Gigit-Gigit Barang Dan Lambat Bercakap?

Bagi mereka yang memiliki cahaya mata dan pernah berpengalaman anak-anak lambat bercakap atau suka gigit-gigit barang, pasti banyak kaedah yang sudah dilakukan. Pasti ramai ibu bapa yang risau dengan situasi ini, jadi ini sedikit perkongsian yang boleh diamalkan…

********

Gigit Baju Dan Lambat Cakap.

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

Anak kedua saya yang berusia 3 tahun kembali dengan habit hisap jari dan gigit baju. Wayar USB charger telefon pon jadi mangsa. Penuh dengan kesan-kecan gigit.

Asalnya Aqlan ni lambat sedikit bercakap berbanding abangnya. Masuk usia 2 tahun, baru ada bunyi perkataan bermakna keluar dari mulutnya. Kalau tak, hanya "aaaa...mmm..." aja bunyinya bila menegur orang sambil tangannya ligat memberi isyarat.

Walaupun masalah lambat bercakapnya tak masuk ke fasa red flag, tapi tanpa tindakan yang betul, takut-takut ianya berterusan dan menyekat potensi dia untuk bertutur sebagaimana yang sepatutnya ikut usia.

Lambat cakap dengan gigit baju adalah masalah yang berbeza. Tetapi anak yang lambat bercakap juga kebiasaannya picky eater.

Jadi mak ayah boleh bantu beri stimulasi yang serupa.

Image result for anak suka menggigit barang

Perhatikan juga, kalau anak yang dah masuk umur 4 tahun tapi masih suka menjilat objek bukan makanan;

  • Kunyah rambut,
  • Memasukkan tangan,
  • Hisap bantal,
  • Dan sukakan makanan yang berperasa kuat (makan garam, suka pedas, masam, manis yang berlebihan).

Adalah tanda-tanda kurang ransangan terhadap deria Gustatory (deria rasa). Perlakuan mereka adalah untuk MENCARI KEPUASAN untuk deria rasa mereka.

Jadi, Para Ibu Bapa Perlu Lakukan Beberapa Perkara Berikut…

1. Perkenalkan anak dengan makanan yang bertekstur pelbagai.

Sebagai contoh makanan chewy (batang salary dan daging), keras (lobak dan epal) dan rangup (cereal, kerepek, biskut) juga mempunya rasa yang kuat seperti daun pudina, lemon dsb.

2. Galakkan anak meniup dengan memberinya aktiviti meniup fur ball/ watercolor dengan straw, tiup air sabun untuk keluarkan buih, tiup wisel dan menyedut dadih/ jelly menggunakan straw dan sebagainya.

3. Bila memberus gigi, beruskan sekali gusi yang belum ada gigi, lidah dan juga kawasan mulut lain.

Related image

Buat Ibu Bapa Yang Memiliki Anak Yang Lambat Bercakap Pula, Lakukan Seperti Berikut ;

1. Bercakap, bercakap dan bercakap.

Nisbah untuk anak bertutur 1 perkataan ; perkataan yang perlu kita sebut adalah lebih kurang 1:1000. Selagi kuota tak cukup, selagi itu anak tidak bercakap. Gitu.

2. No baby talk please.

Kesian kat anak sepatutnya boleh sebut dengan baik. Tapi kerana telinganya merakam perkataan pelat dari kita, tak semena-mena cakapnya pun pelat.

3. Sediakan makanan berkhasiat dan seimbang.

20% tenaga dari badan yang dihasilkan dari makanan yang kita makan akan digunakan untuk aktiviti berfikir, bercakap, memahami percakap dll yang mana ini adalah kerja otak .

4. Bercerita.

Tak kira bercerita guna buku atau secara sembang santai.

5. Pandang mata anak ketika kita bercakap dengannya.

6. Bermain bersama anak.

Bila bermain bersama, lebih banyak peluang untuk dia merakam pertuturan & menggunakannya di masa hadapan.

Selamat mencuba!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen