Masih Belum Ada Calon Pasangan Lagi, Hati-Hati Dengan 3 Penyakit Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang sangka tak apa jika masih belum bertemu dengan jodoh kerana jodoh itu telah ditetapkan, maka ia akan hadir apabila masanya tiba. Namun begitu kalau korang tidak berusaha bagaimana jodoh yang telah ditetapkan itu akan datang dalam hidup korang.

Orang yang tidak mempunyai teman hidup atau kekasih hati ini sering kali akan dikaitan dengan kesepian. Salah satu sebabnya mereka ini tidak mempunyai seseorang untuk berkongsi. Yelah, nak kongsi rasa, perasaan, kekesalan dan pelbagai lagilah. Kalau sorang-sorangkan kena simpan dalam hati je.



Bagi orang bujang yang merasakan saat bujang itu adalah waktu yang baik malah merasakan perkahwinan atau percintaan itu satu perkara yang merumitkan, mungkin korang perlu berhati-hati dengan tanggapan itu.

Tidak salah untuk menjadi bujang, tetapi janganlah sampai membujang sampai ke tua. Apabila korang terlalu lama membujang dan hidup bersendirian, korang sebenarnya akan lebih terdedah dengan berberapa jenis penyakit.



3 jenis penyakit yang akan dihadapi oleh mereka yang terlalu lama membujang.

1. Rasa gelisah berpanjangan.

Apabila hidup terlalu sunyi dan sepi, maka secara atomatiknya perasaan gelisah, cemas dan risau akan timbul secara tiba-tiba. Mereka ini akan berdepan dengan perasaan bimbang akan status dan masa depan korang sendiri.

Sampaikan korang akan mula fikir,

"Bila nak dapat pasangan?"

"Bila nak kahwin?"

"Apa akan jadi bila korang tua nanti?"

Kebimbangan korang akan menjadi lebih teruk apabila rakan-rakan korang yang sudah berkahwin, bertunang atau bercinta bertanya mengenai status korang. Dalam keadaan ini, korang merasakan korang tidak mempunyai apa-apa dalam hidup.



2. Kemurungan.

Kalau kebimbangan dan kerisauan korang berterusan, tidak mustahil korang akan berdepan dengan tekanan. Apabila korang berdepan dengan tekanan, hidup korang akan menjadi tidak bermakna dan bernilai, maka korang akan mula hilang tujuan hidup.

Semangat hidup korang menjadi kurang malah korang juga akan kurang yakin terhadap diri sendiri. Malah korang juga akan selalu berfikiran yang negatif. Haa, itu tak bagus untuk kesihatan. Dari kemurungan ini boleh menyebabkan penyakit mematikan yang lain, seperti kegagalan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

3. Sistem imun menurun.

Berdasarkan kajian 2013 yang telah dijalankan oleh Ohio State University, menunjukkan bahawa orang yang kesunyian ini lebih cenderung untuk memiliki system imun yang lemah. Kesepian, kebimbangan dan kemurungan dapat membuat tubuh lemah. Sekiranya sistem imun lemah, penyakit itu dapat masuk ke dalam badan dengan mudah.

Jadi apa yang dapat disimpulakan adalah, kesunyian yang berpanjangan kerana kekurangan kasih sayang dan rasa cinta ini dapat mempercepatkan kematian.



Sekiranya korang hidup bersendirian, korang tidak boleh berfikir secara positif malah rasional kerana kurang rakan untuk meluahkan rasa. Akan tetapi terus berfikir secara positif dan hidup dengan penuh semangat. Masih banyak orang di sekeliling kamu yang menyayangi korang seperti keluarga serta rakan-rakan korang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen