Bila Berdepan Dengan Fenomena "Burnout" Silalah Bercuti Dan Rehatkan Minda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Dalam kebanyakan kes burnout, berpunca daripada faktor kerja malah boleh mengganggu prestasi di tempat kerja.

Sebenarnya, Burnout adalah lebih teruk daripada stress. Jika tekanan berterusan, individu itu akan mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dan meningkatkan perasaan diri yang tidak berdaya, tidak ada harapan dan rasa marah. Jika individu tersebut mempunyai rasa dan keadaan seperti itu setiap masa ini menunjukkan bahawa individu tersebut telah mengalami burnout.



Faktor-faktor Burnout.

1. Faktor kerja yang berlebihan atau berkurangan

• Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung daripada segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu

• Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial

• Tidak cukup tidur

• Kurang sokongan daripada segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga

• Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan kerana organisasi membenarkan pekerja bekerja dengan potensi mereka sepenuhnya dan membawa kepada perasaan tidak puas hati.

2. Faktor tekanan atau stres

• Tekanan kerja yang banyak menyebabkan seseorang individu cenderung mengalami stres contohnya seperti melaksanakan kerja yang bukan dalam bidang kepakaran

• Tekanan atau stres yang diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti penat, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sakit perut turut dikaitkan dengan kemungkinan seseorang menghadapi burnout

3. Faktor personaliti

• Individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas

• Pandangan pesimis terhadap diri dan dunia luar

• Keperluan untuk mengawal dan kurang memberi kepercayaan kepada orang lain

• Mementingkan pencapaian yang tinggi dan cenderung ke arah personaliti jenis A

4. Faktor wujudnya rasa rendah diri / self esteem

• Sentiasa berasa rendah diri dan sering membuat perbandingan dengan orang lain

• Rasa rendah diri secara langsung membawa kepada pengunduran diri individu daripada lingkungan sosial

Cara Mengatasi Burnout

Jika anda mengalami masalah burnout, anda perlu mengatasi masalah ini dengan segera Kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi burnout:

• Mulakan hari dengan senyuman

• Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup

• Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja

• Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan

• Belajar cara untuk mengurus tekanan dan mengurus masa dengan berkesan

Fenomena "Burnout" boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Sekiranya anda telah mengalami gejala gejala ini, silalah ambil cuti dan rehatkan minda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen