Konflik Kewangan Dalam Hubungan, Baiki Sebelum Parah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila punca penceraian di Malaysia ini bukan lagi angkara orang ketiga ataupun pasangan melakukan penderaan tetapi ia adalah masalah kewangan dalam rumahtangga, kita sepatutnya sudah mula membuka mata untuk membina kewangan yang kukuh ketika masih bujang lagi.

Wang boleh menjadi masalah terbesar dalam hubungan, lihat lah berapa ramai pasangan di Malaysia ini bercerai kerana masalah kewangan. Salah faham dan tidak berbincang mengenai kewangan akan menjadi satu konflik yang hebat dalam satu hubungan.



Semua orang pasti sayang akan hubungan yang dibina bukan? Mana tidaknya masa nak halalkan pasangan kita, bersungguh kita cari RM20K sebagai hantaran. Korang perlu tahu, bukan berkahwin sahaja akan menggunakan banyak kos, nak bercerai pun sama.

Itu belum lagi jika kalian memiliki anak bersama, lagi banyak kos yang terlibat selepas penceraian.

Sebenarnya ada beberapa punca pergaduhan yang berkaitan dengan masalah kewangan ini. Cuba korang fahami satu persatu ini, mungkin akan membantu korang menguruskan kewangan dengan lebih baik kelak.



1. Tidak ketahui perbelanjaan pasangan.

Apabila sudah menjadi suami isteri ini, jangan ada rahsia lagi dah. Semua perkara kenalah kongsi dengan pasangan kita. Banyak pasangan yang bergaduh kerana timbul salah faham akan kegunaan wang belanja. Nak-nak lagi bila pasangan guna wang tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja.

Jika korang memiliki pasangan yang bersikap boros, pasti akan merumitkan korang. Akan tetapi jangan risau, cuba untuk berkomunikasi dengan baik malah memintanya untuk sentiasa update segala perbelanjaan dengan korang.

2. Rahsiakan hutang.

Wang hantaran RM20K itu rupanya pasangan buat pinjaman bank rupanya. Haa, dah 2 tahun kahwin baru tahu rahsia ini. Memang boleh naik hantu kalau tahu ini. Perkara-perkara yang melibatkan hutang ini lebih baik korang jelaskan pada pasangan siap-siap. Tak kesahlah hutang yang dibuat itu sebelum atau selepas kahwin. Bagitu pasangan adalah pilihan yang terbaik.

Selepas itu, sama-sama cuba selesaikan hutang itu. Jangan biarkan pasangan tanggung sorang-sorang pula. Jika hutang segera diselesaikan, maka cepatlah hubungan korang menjadi aman dan bahagia.



3. Curi-curi guna duit pasangan.

Mencuri itu sudahlah salah, ini korang beli pula barang yang menyakitkan hatinya. Memang lah pasanga korang itu akan mengamuk. Menggunakan wang pasangan tanpa memberitahu dan menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri sepatutnya dielakkan.

Ini kerana, jika korang mencuri dan kantoi selepas itu, pasangan korang akan mula hilang kepercayaan terhadap korang. Perkara ini akan menjadi lebih rumit apabila kalian akan saling mengungkit perkara ini.

4. Tidak membuat perancangan.

Ini adalah silap yang paling besar telah kalian lakukan. Bila korang ingin hidup yang bahagia bersama pasangan untuk satu jangka masa yang lama, maka perancangan kewangan adalah perkara yang sangat penting. Kalian harus bersedia untuk sebarang kemungkinan malah keselesaan hidup. Sebagai contoh, perancangan untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak serta kesihatan kalian.

Jika tiada perancangan, mungkin korang akan hilang arah apabila pelbagai perkara akan datang secara tiba-tiba.



5. Sentiasa ikut kehendak pasangan.

Pasangan itu sememangnya akan menemani kita sehingga akhir hayat kita. Malah dia jugalah insan yang paling kita sayangi. Akan tetapi kita kenalah bijak, orang kata “ukur baju di badan sendiri”. Kalau kita terlalu ikut kehendak pasangan sampai akhirnya menyusahkan diri sendiri itu pun tak boleh juga.

Apa yang pasangan nak, kita turuti sampai kadang kala kita berhutang sana sini. Jadi nak pilih pasangan pun kenalah yang sesuai juga.

Masalah kewangan mungkin hanya akan selesai apabila memiliki wang yang banyak, akan tetapi komunikasi antara pasangan akan lebih membantu untuk menjernihkan hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen