Ingatkan Nak Jadi Ibu Ini Senang Je, Rupanya Kalau Tak Ada Ilmu Parenting Yang Cukup Boleh Datang Gelabah Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasalah, masa muda-muda memang kita tak kisah pun pasal ilmu parenting ini. Yelah, orang kata kalau dah ada anak nanti boleh belajar perlahan-lahan sebab dan ada benda yang boleh dipraktikkan. Tapi kalau masa muda dan bujang ini, ilmu parenting ni tak penting pun kan.

Ramai yang ingat bila dah kahwin dah ada anak nanti semua perkara ni senang je nak buat. Alaa, macam nanti dah ada anak pandailah nak buat apa. Haa, macam tu la selalunya. Tetapi sebenarnya benda akan jadi lebih kalut kalau kita tak bersedia awal.

Bukan suruh mahir serba serbi tetapi dah ada lah sedikit persiapan awal, barulah tak kalut nanti. Macam pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Siti Suryani Yaakop ini, cari dan amalkan ilmu parenting sebanyak mana yang boleh, barulah nanti tahu nak handle anak-anak.



Masa jadi ibu buat pertama kali, saya ingat itu kerja senang.

Benda ni kan semulajadi. Natural. Semua orang bila jadi mak, automatik dia akan tahu apa kerja mak-mak. Begitulah faham saya.

Punya anak satu, dengan tenaga yang banyak, wang yang lebih dan masa yang bersisa, semuanya agak lancar untuk saya dan Mia. Jadi, saya rasa benar sekali teori bahawa automatik sesiapa yang jadi mak, akan pandai jadi mak.

Sampailah bila Tuhan hantar Maya sebagai rezeki kedua. Semuanya yang berlebih sebelum ini kena dibahagi seadilnya.

Wang, kasih sayang, masa, kemahuan, hidup, apa saja. Namakan. Masa ni datanglah gelabah, stress, rasa susah, penat, tak tahu nak buat apa, mula muncul dan menyerap seluruh rasa konfiden saya selama ini.

Dalam kecelaruan itu, saya mula cari buku keibubapaan. Baca, hadam dan cuba amal.

Tapi, rupanya baca saja tak cukup. Makin dibaca, makin banyak pula rasanya yang tak tahu.

Kemudian saya mula pergi kursus parenting pertama saya di Bangi.



NLP.
Neuro Linguistik Program.

Saya dan suami. Belajar teknik bercakap dengan anak. Juga kami diajar teknik mengawal emosi sebagai mak ayah.

Rupanya, baru saya tahu tak ada apa yang lebih mencabar dari memahami jiwa dan fikiran seorang kanak-kanak.
Saya mula faham.

IBU adalah KARIER.

Kitalah boss dan kitalah pekerjanya.

Klien pula, anak-anak kita.

Kitalah kena set KPI.

Kitalah kena capai KPI.

Kitalah kena upgrade kursus.

Kitalah kena tambah ilmu.

Kitalah kena jujur jadi ibu.

Kitalah kena upate diri sendiri.



Apa yang menjadikan 'karier' ibu ini lebih mencabar adalah orang menilai kita melalui anak-anak kita.

Kadang-kadang, kita rasa kita dah buat semua, tapi rupanya belum pun mulakan apa-apa pun lagi.

Jadi, kena setkan matlamat.

Apa yang aku mahu capai sebagai ibu.

Maka, jangan malu kalau memilih untuk jadi suri rumah. Kita bukan berhenti kerja. Kita sebenarnya sedang memilih untuk 'bekerja' sepenuh masa. Dalam karier yang berbeza.

Jangan juga rasa bersalah kalau memilih untuk bekerja macam saya. Kita tahu kenapa kita bekerja. Bukan sebab kita tak reti bersyukur. Kita saja yang faham mengapa. Asalkan kita mampu memberi komitmen dirumah sehebat komitmen kita pejabat, fine!

Dan tak ada berdosanya juga ibu yang memilih untuk meningkatkan urusan karier seawal mahu. Ramai orang memang mampu jadi cemerlang dalam 'kedua-dua' karier pada masa yang sama.

Asal betul lurus niatnya, DIA pasti bantu.

Asal KPI masing-masing tercapai, cukup.

Asal tahu sempadan batasnya, selesai.

Our life is not the same anyway.

Maka....



Cari dan amalkanlah sebanyak mana ilmu parenting yang kita mampu.

Setinggi mana kita nak upgrade diri di pejabat, macam tu jugalah kita kena upgrade kedudukan 'karier' kita sebagai ibu.

Sebab kita bukan saja sedang membina anak-anak, lebih dari itu kita sedang membentuk ummah.

Sungguh, saya tahu betapa semua mak-mak akan bersetuju bahawa jadi mak tu rupanya adalah 'pekerjaan' yang paling mencabar yang pernah kita kerjakan.

Yang mengerti,
Siti Suryani Yaakop

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen