Naik Angin Dengan Pasangan, Ini Cara Kawal Emosi Agar Hubungan Tidak Retak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua pasangan yang sedang hangat bercinta pasti pernah berdepan dengan suasana yang tengang bukan? Alah, macam bertengkar ataupun saling salah faham. Walaupun jarang-jarang berlaku tetapi tetap sahaja akan pernah berlaku.

Suasana yang agak tegang malah tidak pandai mengawal emosi yang baik bukan satu perkara yang bagus untuk hubungan. Ada yang tidak bertegur sapa selama berhari-hari hanya kerana tidak tahu mengawal emosi dengan baik ini.

Pasti anda tidak mahu perkara ini membuat hubungan korang menjadi renggang. Bukan dengan mengelak pergaduhan atau salah faham tetapi korang perlu bijak mengawal emosi korang. Ini kerana, salah faham atau pertengkaran ini mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja bahkan kalian bukan punca utama, boleh jadi ada orang ketiga.



Kita abaikan punca masalah atau orang ketiga itu, tetapi lebih memfokuskan akan cara kawal emosi anda dahulu.

Emosi yang tidak terkawal adalah punca mengapa pertengkaran semakin berpanjangan. Tidak kiralah apa punca yang berlaku sekalipun, kalau tidak pandai kawal emosi, memang sukar untuk berbaik semula.

Ketika anda sedang bertengkar, ini cara korang kawal emosi pada ketika itu.



1. Tarik nafas dalam-dalam.

Biasanya bila bertengkar, tubuh badan akan rasa sedikit tegang, nafas tidak karuan dan degupan jantung tidak teratur. Jadi apa kata korang cuba untuk menarik nafas sedalam mungkin dan hembus secara perlahan-lahan untuk menenangkan diri korang. Walaupun nampak macam remeh atau tidak menjadai, tetapi sebenarnya ia dipercayai dapat mengawal tubuh badan lebih selesa dan melegakan kemarahan.

2. Beri masa untuk diri sendiri.

Membiarkan diri anda terus menerus pertahankan diri bukanlah satu perkara yang baik. Ini hanya akan membuatkan emosi korang hilang kawalan malah akan mengakibatkan salah seoraang dari kalian akan terus terluka.

Jadi sebelum kedua-duanya semakin kecewa atas tindakan antara satu sama lain, adalah lebih baik jika kedua-duanya selesaikan pergaduhan tersebut dan beri masa untuk masing-maisng tenangkan fikiran. Bahkan dengan cara ini juga akan membuat masing-masing fikir akan kebahagiaan serta hubungan bahkan rasa bersalah.

Tetapi jangan bersendirian di adalam bilik ataupun di ruangan yang gelap. Adalah lebih baik sekiranya korang cari tempat yang tenang seperti di kafe-kafe, ataupun di taman-taman. Cuba untuk bertenang dan fikirkan perasaan pasangan korang, dan jangan hanya mengutamakan emosi korang sahaja.

Selepas rasa lebih baik, barulah korang cari peluang untuk berjumpa kembali dan berbaik semula.



3. Cari seseorang untuk berbual.

Biasanya masalah tidak akan terlerai kalau hanya di biarkan di dalam hati sahaja. Jadi tidak salah kalau korang mencari seseorang yang korang percayai untuk berkongsi rasa korang. Cari seseorang yang boleh memberikan korang pandangan dan pendapat yang baik untuk hubungan serta diri korang.

Bukan rakan-rakan yang suka melihat korang berpisah atau tidak suka korang bersama pasangan korang. Pastikan rakan korang itu boleh memberi nasihat yang baik bukan hanya sekadar mempengaruhi korang.



4. Kawal marah ikut Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda; “Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (hadis riwayat Muslim).

Kedua ialah berwuduk, Rasulullah SAW bersabda; “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (hadis riwayat Abi Daud).

Ketiga, meminum air. Meminum air juga boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air, kita akan berasa lega.

Seterusnya ialah dengan berdiam diri. Bak kata orang tua, diam itu lebih baik. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak elok mengenai orang lain.

Islam tidak menyatakan bahawa rasa marah adalah dilarang. Islam lebih menekankan tentang cara marah dan mengawal kemarahan dengan betul.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen