Antara Kesan Buruk Sekiranya Suami Isteri Tidur Berasingan.

Sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangga, suami isteri bertegang urat sehingga tidak mampu untuk melihat wajah masing-masing. Apatah lagi untuk mendengar suara. Jadi, keputusan yang terbaik adalah untuk tidur berasingan satu malam. Kalau satu malam, kemudian selepas itu berbaik semula tidak mengapa.

Cuba bayangkan bermalam-malam tidur berasingan, pasti akan membuat hubungan semakin berantakan. Adanya ruang untuk si syaitan menghasut hati dan perasaan anda untuk membenci pasangan.

Kepada mereka yang mahu berumah tangga, dan baru sahaja menjejaki alam perkahwinan, anda perlu tahu kesan buruk tidur berasingan ini daripada perkongsian saudara Akhtar Syamir ini atau dikenali sebagai Bro Ohsem…

********

Image may contain: indoor and text

Antara Kesan Buruk Suami Isteri Tidur Berasingan Adalah…

1. Isteri bertambah stres.

Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.

Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada.

Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.

2. Aktiviti "Pillow Talk" tidak dapat dilakukan.

Antara kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi. Jadi, lagi lama tidur berasingan, lama menurun rasa kepercayaan tersebut.

3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja.

Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.

Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.

4. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi.

 Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.

Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.

5. Dekat tapi jauh.

Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen