“Kalau Teman Wanita Bijak Wang, Cepat-Cepat Lamar Mereka Jadi Isteri..” Ikuti Perkongsian Ini.

Ramai lelaki muda beranggapan, kahwin muda itu membuang masa. Bukan sahaja masa telah dibuang, malah duit pun terbuang. Rugi! Kerana menganggap semua perempuan itu adalah satu pembaziran. Kalau ini anggapan semua lelaki, tidak hairan kenapa lambat berkahwin, kerana mahu mengelak memberi nafkah.

Sebab itu perlu bijak memilih dari usia yang muda lagi. Pilihlah bakal isteri yang bijak wang, tahu merancang kewangan, membazir pada perkara yang berfaedah dan seumpama dengannya.

Ciri-ciri wanita ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai ‘Gabenor’ dalam keluarga seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

Related image

Gabenor Wang Keluarga.

1 - Ramai yang ingat ada girlfriend adalah pembaziran. Membazir nak kena belanja makan. Seolah-olah hidup hanya untuk makan.

Tak semestinya...

2 - Kalau girlfriend anda adalah bijak wang, tukarkan status beliau kepada isteri dengan kadar segera.

3 - Seriously paras rupa tak lah penting mana berbanding pasangan yang bijak minda. Jangan asyik pandang yang lawa tapi otak kurang membaca.#apeni

4 - Calon yang bijak wang bukan komitment. Tapi adalah harta karun. Ya.. wanita yang pandai menjana juga mengurus wang adalah harta karun

5 - Dah kawen nanti senang... Beliau bantu uruskan setiap nombor dan digit keluarga. Beliau teliti dan terperinci. Beliau tahu bahagian mana perlu diperbaiki.

6 - So, kalau jumpa girlfriend bijak wang jangan lepaskan HARTA KARUN ini. Jika anda pandang rupa, lama kelamaan mata dah jadi terbiasa pandang pun tak lawa mana dah.

7 - Selain bijak urus wang, wanita mungkin bijak menjana wang. Nanti anak-anak lebih bermasa depan. Anda berikan nafkah tanpa perlu merisaukan terabai beberapa bahagian.

Tapi ingat...

8 - Wanita bijak wang bukan wanita bodoh. Maka... Jangan sekalipun kahwini beliau atas niat nak mengambil kesempatan. Beliau pasti tahu dan mengambil tindakan.

9 - Lamar beliau atas niat cinta dan mahu rumahtangga sejahtera. Mahu lena tanpa fikirkan masa depan keluarga.

10 - Lamar beliau segera atas dasar mahu sama-sama berusaha. Mahu menggunakan kemahiran dia menguruskan aliran wang keluarga

11 - Jangan lepaskan wanita begini. Lamar hari ini supaya beliau menjadi GABENOR WANG KELUARGA anda nanti.

Salam sayang…

********

Image may contain: one or more people

Jika dilihat pada gambarajah di atas, masalah kewangan adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan perceraian suami isteri. Jadi, merancang perbelanjaan kewangan rumah adalah amat penting supaya rumah tangga tidak berantakan.

Jadi Lelaki, Jangan Takut Dengan Risiko!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen