Orang Lelaki Kalau Dah Ada Niat Nak Kahwin Tu, Cuba Ubah Diri Ke Arah Lebih Baik. Nak Kahwin Ini Bukan Untuk Sehari Dua.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk berkahwin dan membina keluarga itu lumrah dalam kehidupan. Bahkan baik lelaki atau perempuan kedua-duanya pasti mengangan-anganakan perkara ini, tetapi bila sampai waktunya ia bukan sebagai angan tetapi niat untuk membina mahligai indah ini.

Bila nak berkahwin atau dengan siapa itu mungkin akan menjadi satu teka teki. Akan tetapi bila sudah ada niat nak berkahwin ini, tidak boleh lah anda masih kekalkan sikap yang sama sahaja. Kenalah ubah menjadi yang terbaik agar perkahwinan nanti tidak hanya sehari dua.

Kalau orang perempuan ini mungkin boleh dibimbing sikapnya. Mereka ini melihat acuan suami mereka, jika suaminya membimbingnya dengan baik maka baiklah isteri-isteri di sisi itu. Namun berlainan pula dengan suami-suami pula, mereka ini biasanya ikut kata hati dan diri sendiri.



Jadi buat orang lelaki, kalau dah ada niat untuk berkahwin itu, maka pandai-pandailah ubah diri menjadi lebih baik. Mula kawal sikap yang tidak sepatutnya, malah kawal tabiat-tabiat yang tidak sesuai selepas berkahwin nanti.

Jika sebelum berkahwin sudah berlatih melakukan hal-hal sebegini, In sya Allah, selepas berkahwin pasti semua perkara ini makin mudah untuk dilakukan. Macam Firdaus Shakirin kongis ini, orang lelaki kalau dah ada niat nak kahwin kena ubah 5 tabiat ini dulu.



1. Solat.

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu. Tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rrumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak akan dapat bertahan lama. Sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia...

2. Kerja.

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja takbleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri...tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan...jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu...

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan...merempit, melepak, kalauar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya...maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam...didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu...



4. Belajar mengemas.

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja...kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah...perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rrumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu...percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah...

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan...semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan"...tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi...kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja...anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang...



Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan...Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredahai Allah s.w.t...

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen