Orang Lelaki Kalau dah Kahwin Pun Masih Boleh Jadi Anak Emak, Tetapi Kenalah Adil Dengan Isteri Tu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki kalau dah berkahwin syurga mereka masih lagi ada dengan emak mereka. Sebab itu mereka akan sayang betul dengan emak mereka. Betul-betul taat dan dengar kata emak kerana kejar syurga. Tak kesah kalau sebelum berkahwin berkelakuan sebegini.

Tetapi bila dah kahwin, cuba ingat sedikit mengenai anak dan isteri itu. Tak salah pun dah kahwin masih nak jadi anak emak ke apa, tetapi kenalah pandai berlaku adil. Jangan pula kita bela emak kita sangat sampai isteri makan hati begitu juga sebaliknya.

Jadi seorang yang lebih rasional bukannya hanya lakukan perbandingan dan turut segala kata sahaja. Haa, macam nasihat dari Firdaus Shakirin ini, nak jadi anak emak lepas kahwin pun kena berlaku adil.



Boleh nak jadi "anak mak", tapi berlakulah adil...

Semua isteri tahu yang syurga seorang lelaki itu tetap bersama ibunya. Semua isteri sedar akan perkara ini, tapi janganlah jadikan itu sebagai alasan untuk kita berlaku tidak adil dengan isteri, iaitu melebihkan ibu sehingga mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap si isteri dan anak-anak.

Susah isteri nak berlapang dada bila jadi macam ni...



Nak buat keputusan untuk keluarga sendiri hatta keputusan yang kecil, simple seperti nak p jalan-jalan, nak keluar makan, nak belanja anak-anak, nak beli barang - semua tanya mak.

Apa jua yang berlaku dalam rumahtangga, isteri masak tak sedap, isteri balik kerja lambat, isteri sibuk dengan anak-anak, isteri p kursus seminggu, isteri balik rumah orang tuanya, semua bagi tahu dekat mak.

"Mak saya kalau potong sayur, dia tak potong macam awak potong. Mak saya kalau siang ikan, dia akan buang isi perut ikan dulu. Mak saya kalau sidai baju, dia akan libas-libas dulu baju..." - Semua dibandingkan dengan apa yang mak buat.

Apa yang perlu kita tahu, cara mak dengan cara isteri TAK SAMA tapi at the end, keputusannya SAMA, hasilnya SAMA. Sayur boleh makan walaupun dipotong macam tu, ikan boleh digoreng walaupun disiang macam tu dan baju boleh kering dan dilipat walaupun dijemur macam tu...

Ada kebaikan, ada keburukan jika kita nak tanya, bagi tahu dan bandingkan dengan mak akan semua perkara yang berlaku dalam rumahtangga kita. Cumanya, kita perlu menilai dari sudut perlu atau tak kita berbuat sedemikian. Apa kesannya jika kita berbuat sedemikian.



Jadi seorang anak tak susah kalau kita tahu cara nak jadi seorang suami yang baik tapi kalau kita hanya tahu cara untuk menjadi seorang anak sahaja, maka kita akan buat salah dalam menjadi seorang suami.

Letakkanlah mereka berdua di tempat yang sama, yang istimewa dalam hati kita kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab untuk dijaga dan disayangi oleh kita sebagai seorang suami dan anak...

Jangan syurga yang kita cari, tapi neraka yang kita dapat dek kerana penganiayaan yang kita buat terhadap isteri dan anak-anak kita sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen